HomeGen ZTingkatkan kesedaran pendidikan ekonomi kitar semula sejak daripada kecil

Artikel Berkaitan

Tingkatkan kesedaran pendidikan ekonomi kitar semula sejak daripada kecil

Sebanyak 57,000 tan sisa kertas terpakai dihasilkan setiap bulan di Malaysia bersamaan dengan penebangan 680,000 batang pokok.

Tinjauan Kitar Semula Kebangsaan yang dilakukan pada 2021 juga telah menyaksikan peningkatan kepada 31.52 peratus tahun ini berbanding 30.7 peratus pada tahun sebelumnya dengan jumlah barangan kitar semula mencecah 4.3 juta tan.

Baca juga

Kerjaya renjer hutan, bidang mencabar buat pencinta alam

USIM tanam 200 pokok dalam kampus, jayakan penghijauan Malaysia

Sebagai warga masyarakat yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar, terdapat pelbagai cara untuk mengurangkan sisa buangan kertas antaranya dengan melakukan aktiviti kitar semula sama ada daripada bahan seperti surat khabar dan buku-buku lama.

Dalam usaha ke arah alam persekitaran yang lebih baik, Program Sunny Sunday telah dianjurkan yang merupakan sebahagian daripada kempen Belia Prihatin Alam Sekitar: We Be-Leaf Together yang bermula awal tahun lalu.

Menurut Pengarah Koordinasi Program Kelab Belia Prihatin Malaysia, Luqman Irfan Kamarudin, promosi kitar semula merupakan sebahagian daripada promosi kesedaran kepada ekonomi kitaran ini perlu dilakukan bermula daripada kecil.

“Selain dapat membantu kepada pengurangan sisa, aktiviti-aktiviti sebegini juga dapat memberi peluang untuk mengisi masa lapang bersama keluarga dengan aktiviti bermanfaat,” katanya dalam satu kenyataan, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Luqman Irfan berkata, kesedaran bukan sahaja perlu diberi kepada belia dan orang dewasa, tetapi juga kepada kanak-kanak seawal usia lima dan enam tahun.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

“Isu perubahan iklim ini juga bukan hanya melibatkan penyerapan karbon, tetapi isu-isu lain seperti air bersih, haiwan terancam, peningkatan air dan tahap asid dalam laut juga perlu diberi pendedahan awal,” jelasnya.

Berkongsi mengenai cabaran utama yang dihadapi oleh pihaknya dalam usaha ke arah persekitaran yang baik, beliau menjelaskan bahawa pencarian tempat untuk melakukan aktiviti-aktiviti seperti ini tidak semudah yang disangka.

“Di samping memberi kesedaran tentang penjagaan alam sekitar, pemilihan lokasi seharusnya berdekatan dengan kemudahan pengangkutan awam supaya dapat mengurangkan ‘carbon footprint’ yang menyumbang kepada pencemaran udara,” ujarnya.

Artikel Terkini