11 cara atasi murid mengantuk, guru wajib tahu ini
11 cara atasi murid mengantuk, guru wajib tahu ini

11 cara atasi murid mengantuk, guru wajib tahu ini

Roshlawaty Md Raieh
02 Oct 2022 03:33pm
A
A
A

Rasa mengantuk di dalam kelas adalah perkara yang sering berlaku dalam kalangan murid-murid.

Lazimnya, terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan murid-murid ini mengantuk, antaranya tidak cukup tidur, tidur lewat dan masalah penyakit.

Faktor lain seperti suasana kelas, aktiviti pembelajaran dan peranan murid dalam kaedah pengajaran dan pemudahcaraan (PdPC) juga menjadi penyebab mengapa murid sering mengantuk di bilik darjah.

Sehubungan itu, Sinar Bestari tertarik dengan perkongsian Pegawai School Improvement Specialist Coach (Sisc+), Pejabat Pendidikan Daerah Kulai, Johor, Herryan Syah Tupan Surian berkenaan topik murid mengantuk.

Topik yang dikongsi menerusi mudahmengajar.blogspot.com tersebut berkisar tentang tip-tip menangani situasi murid mengantuk dalam kelas.

Gambar hiasan daripada internet.

Sebanyak 11 koleksi tip yang dikongsikan oleh Herryan Syah di blog tersebut.

Diharapkan agar guru-guru dapat mengamalkannya di kelas masing-masing bagi mengelakkan anak-anak didik mengantuk.

1) Energizer

Aktiviti ringkas ini memerlukan pergerakan fizikal dalam cara yang menyeronokkan dan pada masa sama merangsang minda murid menjadi cergas.

2) Ambient Light

Suasana kelas yang kelam kerana ditutup dengan langsir tebal atau berwarna gelap boleh menjadi faktor murid mengantuk. Pastikan langsir terbuka atau berwarna cerah agar cahaya matahari semula jadi masuk.

3) Aktiviti Didik Hibur

Aktiviti Didik Hibur dapat menerapkan input dan maklumat dengan cara yang santai dan menggembirakan. Sambil bermain atau beraktiviti, murid tidak sedar bahawa mereka sebenarnya sedang belajar.

4) 10 Minute Rule

Guru tidak bercakap lebih daripada 10 minit. Selepas 10 minit guru mesti berhenti dan menjalankan aktiviti dengan murid sahaja yang berkomunikasi atau melakukan aktiviti.

5) Minum Air

Dengan memberikan ruang dan masa untuk murid minum air pada setiap 30 minit dapat menyegarkan murid. Kebanyakan murid tidak membawa bekal minuman dan mereka mudah terdehidrasi.

6) Pembacaan Berirama

Bagi murid yang mengantuk mereka akan mudah segar apabila mereka diminta untuk membacakan beberapa potong ayat atau maklumat secara berirama.

7) Teknologi komunikasi dan maklumat (ICT)

Penggunaan alat teknikal dan media ICT adalah lebih menarik bagi murid berbanding teks kosong. Oleh itu, murid lebih mudah memberikan perhatian.

8) Hands On

Tidak kira sama ada aktiviti biasa atau ICT, berikan ruang untuk murid menulis, melukis dan menghasilkan sesuatu menggunakan alat kerana murid banyak menggunakan fizikal dan mudah faham apa yang diajarkan.

9) Penghasilan Karya

Apabila murid terlalu banyak mendengar dan melihat sahaja tanpa menghasilkan sesuatu, mereka mudah mengantuk. Wujudkan ruang untuk murid beri lebih usaha untuk menghasilkan atau mengubahsuai persembahan input pembelajaran.

10) Pembelajaran Berbalik (Flipped Learning)

Murid tiada maklumat sedia ada menjadikan mereka perlu mengambil masa yang lama untuk memahami tajuk yang diajar. Oleh itu, berikan tugasan awal sebelum masuk kelas agar mereka ada maklumat awal dan dalam kelas hanya untuk perbincangan dan pengesahan pemahaman sahaja.

11) In Charge

Terlalu kerap guru yang menetapkan bagaimana pembelajaran seharusnya dijalankan. Berikan pilihan kepada murid cara mereka mahu belajar tajuk pada hari tersebut sama ada mahukan kuiz, pembentangan kertas mahjong, menonton dan mengulas video serta sebagainya.

Artikel berkaitan 

Dah lupa cara main galah panjang, jom kita belajar

Sentuhan karya grafiti guru ini cukup luar biasa

Inspirasi ramai! Pelajar 10A+ SPM kongsi rahsia kejayaan untuk calon peperiksaan tahun ini


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan