8B8F2997-1313-4955-989B-D07AB1F00870
8B8F2997-1313-4955-989B-D07AB1F00870

Dah lupa cara main galah panjang, jom kita belajar

Rasyidah Zulkifi
15 Mar 2022 01:32pm
A
A
A

Galah panjang merupakan permainan tradisional yang mampu membentuk kecerdasan minda dan badan terutama bagi kanak-kanak.

Permainan ini merangsang pemikiran bagi mengatur strategi untuk menjadi pemenang dan menjauhi pihak musuh.

Selain menyeronokkan, ia juga mampu melatih semangat berpasukan yang tinggi kerana menggalakkan ahli kumpulan menjaga antara satu sama lain.

Permainan ini sangat terkenal di negara kita dan beberapa buah negara lain seperti Singapura, Thailand dan Brunei.

Justeru, Sinar Bestari ingin berkongsi cara betul bermain galah panjang.

Syarat-syarat galah panjang

Permainan popular ini boleh dimainkan oleh kaum lelaki dan perempuan di semua peringkat umur dari kecil hingga dewasa.

Galah panjang memerlukan minimum penyertaan bermula lima ke 10 orang pemain, pemasa, kawasan lapang yang luas (6 meter kali 9 meter) dan bahan-bahan yang boleh dijadikan penanda garisan seperti dalam gambar.

Gambar hiasan, ukuran gelanggang.

Lantai gelanggang permainan mestilah tidak berbonggol atau berlopak supaya pemain tidak kemalangan sepanjang aktiviti berlangsung.

Peserta boleh gunakan kapur, batang kayu, tali atau cat bagi membuat garisan penanda sama ada di atas tanah rata atau simen.

Tutorial permainan galah panjang

Mula-mula peserta perlu melakar garisan di atas lantai mengikut bilangan pemain dalam sesuatu pusingan.

Setelah membuat lakaran di tapak permainan, sesi pemilihan ahli pasukan akan dilakukan.

Kemudian, ketua kumpulan akan dipilih bagi mengetuai dua pasukan berlainan dan mereka akan menentukan siapa yang layak menjaga gelanggang dan menempuh gelanggang.

Selepas itu, galah panjang dimulakan dan ketua akan berpijak di garisan tengah dan bebas berlari ke depan dan ke belakang selagi di dalam garisan.

Gambar hiasan, permainan galah panjang di padang.

Ahli pasukan lain bagi satu-satu kumpulan akan menjaga empat garisan yang dilukiskan bagi mengelak pihak lawan daripada melepasi saringan.

Sementara itu, musuh akan berkumpul di luar pintu gelanggang, mereka perlu berlari melepasi setiap garisan tanpa disapa penjaga kawasan termasuk ketua dan berpatah balik.

Jika anak buah disentuh, ahli-ahli tertentu dianggap kalah dan wakil pasukan lain akan meneruskan permainan.

Namun, jika ketua yang terkena sentuhan, serta-merta penempuh akan tamat giliran bermain.

Sekiranya pihak lawan berjaya menempuh garisan akhir, maka, permainan galah panjang akan diteruskan sehingga masa tamat.

Penetapan tempoh bermain pula bergantung kepada persetujuan kedua-dua belah pasukan.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok 

Pemenang ditentukan oleh anak buah yang berjaya ke garis akhir dan jika permainan ini dihentikan.

Sekarang adik-adik dah tahu cara bermain, boleh ajak rakan-rakan untuk turut sama. Semoga bermanfaat.

Artikel berkaitan

Edric minat sukan berkuda sejak kecil, berjaya sumbang pingat untuk negara dalam sukan ekuestrian

Atlet sukan berkuda perlu ada minat, kemahiran penunggang perlu selari dengan prestasi kuda

Robotik muda SK Putrajaya Presint 11 (3) mula dikenali ramai, kini aktif cipta robot guna komponen lego


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok