23 cara memulakan PdPc, guru-guru boleh ambil tip ini sebagai rujukan
23 cara memulakan PdPc, guru-guru boleh ambil tip ini sebagai rujukan

23 cara memulakan PdPc, guru-guru boleh ambil tip ini sebagai rujukan

Roshlawaty Md Raieh
19 Aug 2022 10:23pm
A
A
A

Setiap guru disaran mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) dalam memastikan pembelajaran pada hari tersebut menarik.

Ini kerana, PdPc yang ceria mampu menjadi tarikan kepada murid untuk mereka terus belajar.

Namun begitu, masih ada dalam kalangan cikgu-cikgu yang tidak tahu bagaimana untuk memulakan PdPc di dalam kelas.

Kaedahnya sudah ada, cuma cara untuk memulakannya sahaja yang bermasalah.

Pegawai School Improvement Specialist Coach (Sisc+), Pejabat Pendidikan Daerah Kulai, Johor, Herryan Syah Tupan @ Surian berkata, terdapat 23 cara memulakan PdPc yang boleh digunakan oleh guru-guru.

“Kumpulan cara ini sangat mudah dan boleh digunakan oleh semua pendidik di negara ini

“Justeru, saya kongsikannya sebagai panduan untuk cikgu-cikgu mengaplikasikan di dalam kelas nanti,” katanya yang pernah mengajar di Sekolah Kebangsaan Taman Indahpura 1, Kulai, Johor.

1) Video

Video ditunjukkan dan dibincangkan bersama murid. Video perlu ditapis dahulu dan boleh dilihat oleh murid.

2) Nyanyian lagu

Lagu dinyanyikan dan lirik dibincangkan. Lagu pula haruslah yang memberi semangat dan rancak.

3) Perbualan audio

Audio dipasangkan dan murid kenal pasti mesej dan isi yang disampaikan.

4) Gambar/poster

Gambar/poster ditunjukkan. Murid bincangkan elemen-elemen tertentu seperti objek, perbuatan, proses dan sebagainya.

5) Objek/benda maujud

Objek ditunjukkan dan murid bincangkan. Boleh juga beri murid pegang dan rasa dengan deria sentuhan.

6) Entry Ticket

Murid nyatakan apa yang mereka ingin tahu daripada tajuk pembelajaran dan ditulis pada stickey notes (nota lekat). Kemudian mereka tampal pada dinding dan semua pergi melihat nota itu. Jika sesiapa ada jawapan kepada nota tersebut, mereka ambil dan kongsikan jawapan kepada kelas.

7) Running Dictation

Setiap kumpulan ada seorang runner untuk dapatkan maklumat tertentu di sekeliling kelas. Kemudian, balik ke kumpulan dan seorang akan tuliskan maklumat sehingga siap. Dapatan dikongsikan. Maklumat pula perlu yang mudah dan ringkas.

8) Who/What am I?

Satu objek tersembunyi dimasukkan dalam kotak. Kotak dilubangkan cukup untuk masukkan tangan. Murid masukkan tangan ke dalam kotak dan meneka apakah objek itu.

9) Jigsaw

Maklumat dipecahkan kepada beberapa kumpulan, kemudian setiap kumpulan akan berkongsi maklumat sehingga maklumat yang lengkap didapatkan.

10) I have, Who has...(Loop)

Kaedah interaktif murid diberi bahan dan biasakan dengan set perkataan yang akan dipelajari. Seorang dari kumpulan bertanya; I have bananas, Who has watermelon? Kumpulan yang ada watermelon pula menjawab, I have watermelon, Who has pineapple? Prinsip Loop...

11) Error Detection

Cikgu tunjukkan apa sahaja bentuk bahan media/simulasi dan murid kenal pasti kesilapan atau masalah. Kemudian PdPc dibuat berasaskan Penyelesaian Masalah (Problem Solving).

12) Puppet/Maskot

Perkenal satu watak puppet, maskot dan apa sahaja yang bersesuaian dan murid boleh berbual dengan watak tersebut.

13) Role Play/Simulasi

Satu situasi diberikan dalam bentuk lakonan (guru/guru+murid/murid/murid+murid). Kemudian, situasi ini dibincangkan.

14) Spot the objects

Murid mengenal pasti objek melalui pemerhatian pada sekeliling kelas, kawasan sekolah, gambar, video dan sebagainya.

15) True or False

Tajuk diberikan dan kemudian murid meneka sama ada beberapa kenyataan adalah Betul atau pun Salah.

16) 2 Truths and A Lie

Tiga kenyataan diberikan dan murid meneka mana dua kenyataan yang betul dan satu yang salah. Dibuat dalam beberapa pusingan.

17) PreTest

Berikan soalan dan semak jawapan murid. Biarkan murid lihat jawapan mereka yang salah dan betul.

18) KWL

K: What I Know

W: What I want to know

L: What I learned

Fokus kepada What I Know. Murid sama ada tuliskan respon di atas sehelai kertas secara individu atau ‘whole class approach’.

19) Jigsaw Puzzle

Beberapa keping gambar dipotong dan murid cantumkan. Kemudian murid kongsikan dapatan mereka.

20) Buidling Blocks (dengan lego) atau bahan binaan, kraf

Murid cantumkan bahan binaan mudah mengikut panduan guru dan murid tunjukkan hasil mereka. (Jangan yang susah-susah ya). Contohnya, rumah, kereta.

21) Take One Out

Murid diberikan beberapa perkataan, gambar, ayat atau sebarang bahan. Dalam satu kategori itu, murid perlu keluarkan satu yang tidak berkaitan daripada rangkaian atau kumpulan tersebut.

22) Grouping

Murid diberikan beberapa bahan dan murid dalam kumpulan bahan-bahan tersebut mengikut kategori atau pengelasan.

23) Match or Place

Dengan bahan seperti poster, beberapa kepingan kertas atau objek perlu diletakkan di tempat yang sepatutnya dalam gambar. Boleh juga gunakan aplikasi dalam talian.

Sumber: Blog mudahmengajar

Artikel berkaitan

Gelisah bila tiba hari pencerapan? Perkongsian 6 tip Guru Besar Cemerlang ini mungkin membantu! 

Guru SK Rumbia buat kejutan. Sepakat bermesyuarat di dalam kereta api, kreatif sungguh!

7 ancaman internet, guru dan pelajar perlu lebih berhati-hati 


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan