3 rahsia yang patut anda tahu semasa bermain alat muzik
3 rahsia yang patut anda tahu semasa bermain alat muzik

3 rahsia yang patut anda tahu semasa bermain alat muzik

Roshlawaty Md Raieh
25 May 2022 04:27pm
A
A
A

Bila sebut tentang alat muzik, sudah pasti ramai yang menyukai gitar, violin, piano, kompang, seruling, gambus, rebab, gendang, rebana dan banyak lagi.

Biasanya, si penggemar akan bermain dengan alatan tersebut apabila ada masa terluang. Ia bertambah seronok sekiranya ramai rakan-rakan yang turut serta bermain muzik.

Bagaimanapun, ada sesetengah ibu bapa tidak membenarkan anak-anak bermain muzik.

Kata mereka, muzik itu melalaikan dan tidak mendatangkan manfaat.

Sebenarnya, bermain alat muzik ini membawa banyak kebaikan pada pelajar dan individu lain. Jika kena dengan caranya, tidak mustahil anda akan menjadi orang hebat dalam dunia muzik.

Di sini, Sinar Bestari kongsikan manfaat bermain muzik. Ini antaranya

1) Bagus untuk tubuh badan

Pelajar yang belajar bermain alat muzik dapat memperkuatkan kemahiran berfikir secara abstrak berbanding mereka yang hanya bermain permainan video.

Maksudnya pengetahuan bermain alat muzik dapat merangsang otak mereka untuk menjadi lebih kreatif.

Bagi yang dewasa, bermain alat muzik dapat mengurangkan tekanan, meningkatkan produktiviti, mengembangkan kreativiti dan membina keyakinan.

2) Belajar muzik mampu menguatkan otak

Dengan bermain alat muzik, kita sebenarnya sedang membina otak dan pertumbuhan saraf serta menjadikan kita lebih pandai, kuat dan dapat melakukan aktiviti harian dengan baik.

Tambahan lagi, jika kita belajar atau bermain alat muzik, kemahiran matematik, memori dan pemahaman juga akan meningkat.

3) Muzik mempengaruhi emosi seseorang

Muzik mampu mempengaruhi emosi seseorang kerana ia mempunyai kesan yang kuat.

Selain itu, muzik juga dikatakan mempunyai manfaat kepada psikologi individu. Misalnya, jika kita bermain muzik secara berkala, secara tidak langsung kita sedang mengajar diri menjadi tekun, berdisiplin dan bertanggungjawab.

Artikel berkaitan 

3 tip mudah yang boleh cikgu praktik untuk pastikan kasut tahan lebih lama

Gadis Cina fasih berbahasa Melayu, Mek Yun UTHM raih 2 anugerah

Punya semangat yang luar biasa, Nor Shazlina sanggup sengkang mata demi dapatkan ijazah kedua


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan