Untitled design (21)
Untitled design (21)

5 pengetahuan asas untuk pemula sukan ultimate frisbee

Azleenda Sahaludin
21 Nov 2022 03:22pm
A
A
A

Masih ramai yang belum mengenali sukan ultimate frisbee terutamanya dalam kalangan pelajar sekolah rendah dan menengah memandangkan ia agak asing jika hendak dibandingkan dengan sukan-sukan lain seperti bola sepak dan bola jaring.

Sukan ini mula aktif dimainkan dalam kalangan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) dan kolej-kolej swasta sekitar tahun 2005 hingga 2010.

Namun begitu, masih terdapat beberapa sekolah yang belum mengetahui kewujudan sukan ultimate frisbee walaupun sudah diterapkan dalam silibus pendidikan jasmani tingkatan satu.

Cikgu Iduan Masri, bekas pemain ultimate frisbee sejak 2008.

Bagi guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Suria Kuala Lumpur, Cikgu Iduan Masri yang juga bekas pemain sukan ini sejak tahun 2008 ketika menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM), usaha keras perlu dilakukan sekiranya ingin melihat sukan ini mendapat perhatian seperti sukan lain.

“Walaupun ultimate frisbee tidak popular, tapi setakat pengetahuan saya dan beberapa cikgu lain yang dahulunya pemain sukan ini, pelajar-pelajar sekolah menunjukkan minat yang tinggi untuk mencubanya.

“Mereka (pelajar sekolah) kelihatan sangat bersemangat sewaktu ultimate frisbee dimainkan ketika waktu pelajaran Pendidikan Jasmani,” katanya.

Tambah Cikgu Iduan, sukan ini juga boleh dimainkan secara campuran lelaki dan perempuan dalam satu kumpulan.

“Walaupun boleh bermain campur jantina, tapi pelanggaran dalam permainan jarang berlaku kerana hanya perempuan sahaja yang boleh menjaga atau mengawal jantina yang sama pasukan lawan,” jelasnya lanjut.

Sehubungan itu, dalam usaha memberi ilmu kepada para pembaca, Cikgu Iduan berkongsi lima pengetahuan asas terutamanya kepada mereka yang baru berjinak dan berminat dengan sukan ultimate frisbee.

1. The pull

Kawasan permainan sukan ini, seakan sama dengan sukan ragbi. Namun, yang membezakannya adalah sukan ultimate frisbee tidak mempunyai tiang gol dan mata dikira sekiranya pemain berjaya menangkap piring terbang di kawasan pihak lawan sahaja.

2. In-Bounds and Out-Bounds

Walaupun setiap pemain tidak mempunyai had kawasan untuk bergerak dalam gelanggang, tapi penting untuk mereka tahu kawasan In atau Out yang telah ditetapkan. Sekiranya pemain berjaya menangkap piring terbang di kawasan pihak lawan namun kakinya memijak garisan paling luar padang, ia dikira out dan pasukan tidak memperoleh mata.

3. No running with the disk

Peraturan yang sama dalam sukan bola jaring turut digunakan dalam sukan ini. Pemain yang berjaya menangkap piring terbang tidak dibenarkan untuk berlari. Mereka hendaklah melemparkannya dahulu kepada ahli pasukan.

4. 10 second’s rule

Perlu diingatkan, setiap pemain yang memegang piring terbang mempunyai 10 saat sahaja untuk melempar kepada ahli lain. Pengiraan masa ini boleh dilakukan oleh pemain pasukan lawan dan sekiranya piring terbang tidak dilempar dalam masa yang ditetapkan, ia akan menjadi turnover.

5. Turnover

Piring terbang boleh bertukar tangan sekiranya berlaku beberapa situasi antaranya pasukan menyerang yang melempar piring terbang terjatuh ke tanah atau pasukan lawan berjaya menepis dan menangkap piring terbang yang dibaling pasukan menyerang.

Artikel berkaitan

Sukan piring terbang tambat hati Nuraida. Tiada pengadil, ikut naluri semangat kesukanan atlet

Pasukan Wonder dari UTM diumum Juara Negara The 3M Inspire Challenge 2022

Kejohanan Olahraga Tahunan lahir murid pintar dan berbakat dalam sukan


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan