Kejohanan Olahraga Tahunan lahir murid pintar dan berbakat dalam sukan
Kejohanan Olahraga Tahunan lahir murid pintar dan berbakat dalam sukan

Kejohanan Olahraga Tahunan lahir murid pintar dan berbakat dalam sukan

Roshlawaty Md Raieh
04 Oct 2022 11:45am
A
A
A

Kejohanan Olahraga Tahunan peringkat Sekolah Kebangsaan (SK) Muadzam Jaya, Pahang adalah bertujuan mencungkil bakat murid-murid dalam dunia sukan.

Ini diakui sendiri Guru Besarnya, Yusmaliza Yusof kepada Sinar Bestari, baru-baru ini.

Beliau berkata, Kejohanan Olahraga Tahunan mampu melahirkan kelompok murid yang berbakat dalam pelbagai acara yang dipertandingkan.

Antaranya, bakat murid dalam acara lompatan (lompat jauh, lompat tinggi, lompat bergalah dan lompat kijang) dan acara balingan (melontar peluru, merejam lembing, melempar cakera dan membaling tukul besi).

Pendapat yang sama turut dipersetujui Penolong Kanan Pentadbiran, Cikgu Haslizan Hasan.

Ujar Cikgu Haslizan, kejohanan tersebut bukan sahaja sebagai medan mencungkil bakat baru tetapi turut berperanan membina keyakinan diri para murid di peringkat sekolah.

Sementara itu, Kejohanan Olahraga Tahunan SK Muadzam Jaya merupakan kejohanan yang julung-julung kali diadakan selepas pandemik Covid-19.

Murid dari Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) turut mengambil bahagian dalam Kejohanan Olahraga Tahunan sekolah berkenaan.

Menurut Setiausaha Sukan, Cikgu Mohd Khairul Anuar, sambutan terhadap kejohanan tersebut di luar dugaan kerana ramai dalam kalangan murid menunjukkan minat untuk menyertai acara dipertandingkan.

“Sangat teruja dengan penyertaan murid-murid dalam olahraga tahunan ini. Tidak sangka, mereka sememangnya berbakat besar dalam setiap acara,” ujarnya.

Kejohanan Olahraga Tahunan SK Muadzam Jaya yang disempurnakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Muadzam Shah, Pahang, Ir Razali Kassim menyaksikan Rumah Merah (Al-Khawarizmi) dinobatkan sebagai juara keseluruhan.

Manakala naib johan adalah Rumah Hijau (Al-Jazari) dan Rumah Kuning (Al-Farabi) serta Rumah Biru (Al-Biruni) pula masing-masing menduduki tempat ketiga dan keempat.

Artikel berkaitan

Kerana populariti sukan frisbee, kumpulan pelajar UKM sepakat anjur UFUC 2022

3 atlet UniMAP wakil negara dalam kejohanan sukan universiti di Thailand

Acara main sukan tradisional, alih perhatian kanak-kanak pada gajet


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok