photo-1610500796385-3ffc1ae2f046
photo-1610500796385-3ffc1ae2f046

5 tip untuk menjadi pelajar yang berjaya

Roshlawaty Md Raieh
31 Jan 2022 04:55pm
A
A
A

Guru-guru pasti sering menggunakan peribahasa 'Yang Bulat Tidak Datang Bergolek Yang Pipih Tidak Datang Melayang' ketika mengajar.

Ini kerana, peribahasa tersebut membawa maksud yang cukup mendalam iaitu kegemilangan dan kecemerlangan hanya akan hadir apabila terus berusaha hingga mencapai titik kejayaan.

Bagi pelajar sekolah, kecemerlangan yang mereka raih dalam peperiksaan atau apa sahaja, tentunya bermula dengan pengorbanan yang bukan sedikit.

Penulis yakin, pengorbanan dari segi perasaan, wang, masa dan tenaga telah digunakan sepenuhnya.

Sinar Bestari tertarik dengan perkongsian daripada Dr Tiny Azleen menerusi laman Facebooknya baru-baru ini.

Posting berkenaan lima tip mudah menjadi pelajar yang berjaya sangat sesuai untuk dipraktikkan oleh semua anak-anak didik.

Untuk mengetahui dengan lebih mendalam, mari baca apa yang ditulis oleh Dr Tiny Azleen iaitu seorang pengetua Virtual Summit Sekolah Penulisan Tesis 2.0.

*****

Kejayaan tidak hadir dengan mudah.

Pasti ada perkara yang dikorbankan dan perlu berdisiplin dalam melakukan sesuatu untuk menjadi pelajar yang berjaya.

Saya kongsikan lima tip mudah untuk menjadi pelajar yang berjaya.

1) Mengutamakan pelajaran. Ada jadual belajar setiap hari.

2) Menepati waktu atau datang awal ke kelas dan perbincangan kerja khusus kumpulan.

3) Fokus semasa dalam kuliah dan ketika belajar.

4) Melakukan tugasan dengan jujur.

5) Sertai aktiviti persatuan dalam kampus.

Kejayaan bukan hanya berdasarkan gred atau pointer yang kita dapat sahaja. Tetapi, lebih daripada itu.

Sikap dan kelakuan kita terhadap orang lain juga memainkan peranan yang penting dalam kehidupan.

Pastinya kita mahu jadi orang berjaya yang dihormati oleh orang lain.

Cemerlang dalam pelajaran, cemerlang akhlak, ini yang kita mahukan. Insya-ALLAH, terus berusaha!

Sementara itu, Dr Tiny Azleen turut berkongsi lima cara untuk sentiasa bermotivasi.

Katanya, motivasi ini bermula dalam diri kita sendiri. Jadi, masing-masing boleh latih diri untuk kekal bermotivasi dengan melakukan perkara berikut:

1) Tulis impian-impian yang ingin dicapai dalam kehidupan.

2) Kemudian, tulis sasaran kecil yang perlu dilakukan setiap hari ke arah menuju impian yang ingin dicapai. Apabila kita berjaya melakukan apa yang disasarkan setiap hari, kita akan lebih bermotivasi untuk terus melakukannya.

3) Beri ganjaran pada diri sendiri setelah berjaya melakukan apa yang disasarkan. Hadiah ini ikut kreativiti dan apa yang kita suka.

4) Baca kisah kejayaan orang lain. Ada banyak figura hebat dengan kisah mereka tersendiri yang pasti akan memberikan inspirasi kepada anda.

5) Sayangi diri sendiri. Apabila kita ada tanggapan yang positif terhadap diri sendiri, kita akan lebih hargai diri dengan melakukan perkara-perkara yang baik kepada diri.

Semoga terus bermotivasi!

Sumber: Facebook Dr. Tiny Azleen

Artikel berkaitan 

Suka main telefon pintar, ini 5 kesan pelajar wajib tahu

Rahsia 4 kali terima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang

Kecemerlangan murid SK Pendidikan Khas Miri cerminan penglibatan aktif ibu bapa dan komuniti


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan