HomeGen ZTip6 gaya hidup pelajar yang boleh dicontohi, nombor 1 paling popular

Artikel Berkaitan

6 gaya hidup pelajar yang boleh dicontohi, nombor 1 paling popular

Rata-rata pelajar mempunyai gaya hidup tersendiri ketika menuntut di institut pengajian tinggi (IPT).

Untuk menjadi seorang yang produktif, pelajar perlu melakukan perubahan kecil dalam kehidupan.

Apabila pelajar produktif, banyak manfaat yang akan diperolehi jika usaha tersebut dilakukan secara konsisten.

Baca juga 

8 sambungan Chrome untuk bantu pelajar tingkatkan produktiviti ketika belajar

Tingkatkan produktiviti dengan kekunci pintasan (Shortcut) dalam aplikasi Canva ini

Pada entri kali ini, Sinar Bestari ingin berkongsi enam cara mudah untuk meningkatkan produktiviti pelajar.

  1. Mendengar muzik

Menurut kajian, mendengar muzik selama 15 minit mampu memberikan aura positif seperti meningkatkan mood dan kreativiti pelajar.

Apabila anda melakukan tugasan yang kurang digemari contohnya melukis, kaedah mendengar lagu yang menenangkan boleh membantu pelajar untuk fokus menyiapkan tugasan tersebut dan kekal produktif.

Hasilnya, anda boleh hasilkan lukisan yang berseni kerana muzik yang pelajar dengari juga merupakan satu seni.

2. Pastikan meja kemas, tetapi jangan biarkan kosong

Untuk meningkatkan produktiviti pelajar, meja belajar perlulah sentiasa berada dalam keadaan kemas.

Menurut pakar, meja tidak boleh kosong pada satu masa dan pastikan barangan di atas meja tidak lebih daripada tiga barangan.

Ini kerana, apabila meja kosong boleh mempengaruhi motivasi pelajar jatuh merundum namun, meja yang penuh dengan barangan juga harus dielakkan.

3. Berusaha untuk dapatkan gred B+

Tahukah para pelajar, untuk kekal produktif anda perlu mengelakkan diri daripada mengejar kesempurnaan jika anda benar-benar tidak mampu. Contoh, sasarkan gred B+ untuk setiap subjek.

Memanglah ramai yang menginginkan gred A+ tetapi mustahil untuk mendapatkannya bagi semua subjek. Justeru, nilai diri dan sasarkan mengikut kemampuan anda.

Dengan cara ini, anda boleh tumpukan perhatian pada subjek yang lebih berpotensi untuk mendapat gred A+.

4. Buat ‘to-do-list’

‘To-do-list’ merupakan senarai tugasan yang para pelajar perlu buat supaya anda mendapat hari yang produktif.

Senarai tersebut boleh dilakukan pada waktu malam sebelum anda tidur. Tulis tiga atau empat perkara paling penting untuk dilakukan pada keesokan harinya.

5.Latih otak untuk melakukan rutin

Pelajar boleh melihat contoh dari Steve Jobs dan Mark Zuckerberg, mereka merupakan golongan yang produktif dilihat sering memakai pakaian yang sama setiap hari.

Bagi sesetengah orang mungkin membosankan, tetapi banyak kebaikan yang tersirat di sebaliknya.

Jika pelajar melakukan rutin sebegini, maka anda tidak perlu membuat keputusan tentang apa yang hendak dipakai secara tidak langsung, anda boleh menjimatkan banyak masa.

6. Rancang masa lapang

Jika pelajar ingin mengekalkan produktiviti tinggi, anda perlu merancang setiap detik yang berlalu supaya terisi dengan perkara yang luar biasa.

Pelajar boleh meluangkan masa 30 minit sehari untuk mencari inspirasi sekiranya tugasan di kampus berjaya diselesaikan.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Contohnya, berjalan menerokai flora dan fauna boleh menghasilkan buah fikiran yang bernas.

Jadi, berdasarkan keenam-enam tip tersebut Sinar Bestari berharap para pelajar dapat mengaplikasikannya ketika di IPT supaya kekal bermotivasi tinggi.

Artikel Terkini