7 tugas utama Ketua Panitia Subjek
Apabila seorang guru itu dilantik sebagai Ketua Panitia sesuatu subjek, ini bermakna guru tersebut ada bakat dan kebolehan yang tersendiri.
Yang dilantik, biasanya adalah dalam kalangan guru-guru senior yang berpengalaman luas dalam bidang ataupun subjek berkenaan.
Tetapi sekarang, pelantikan Ketua Panitia lebih berdasarkan kepada cara pengurusan dan keperluan tugas dalam pasukan subjek sekolah.
Umumnya, terdapat beberapa tugas utama yang perlu dilakukan oleh seorang Ketua Panitia.
Sinar Bestari senaraikan sebahagian daripadanya. Mari kita tengok.
1) Menyelaras urusan kepanitian
Menguruskan semua program-program panitia samada yang wajib mahupun tambahan. Termasuklah program-program ko-akademik
Mengurus dan menyelia semua fail-fail dan dokumen berkaitan
Mengurus kewangan yang diperuntukkan untuk panitia serta menguruskan inventori barangan untuk subjek (Alat Bantu Mengajar, Bahan Bantu Mengajar dan Bahan Bantu Belajar)
2) Menguruskan mesyuarat panitia
Mempengerusikan mesyuarat panitia secara berkala
Membincangkan sasaran untuk prestasi subjek
Membuat analisis keputusan, post mortem dan merancang intervensi
3) Membuat perancangan tahunan
Membuat perancangan strategik, operasi dan sebagainya.
Membuat takwim semakan buku latihan
Membuat sasaran pencapaian
Merancang program akademik
4) Melaksanakan tugas pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) dan menjadi 'role model'
Ketua Panitia mempamerkan amalan PdPc terbaik bagi guru-guru bimbingannya
Mahir dalam SKPMg2 dan menjadi sumber rujuk bagi PdPc subjek
5) Menguruskan jadual waktu
Peka dengan jadual waktu guru
6) Pemantauan dan pencerapan
Membuat pemantauan dan pencerapan terhadap guru-guru subjek
Membuat penilaian
Membina intervensi untuk guru
7) Memperkasakan staff
Membuat analisis keperluan latihan guru (TNA dalam SPL KPM atau Google Form).
Melaksanakan latihan dan bimbingan dalam bentuk PLC
Menilai program-program pembangunan guru
Bertindak sebagai jurulatih yang meraikan bakat atau kelebihan guru dan membina ruang untuk Guru Cemerlang mengikut kapasitinya
Bertindak sebagai mentor yang memberi bimbingan berdasarkan pengalaman
Artikel berkaitan
Cuaca panas di Malaysia: Ini langkah sesuai bantu guru dan pelajar lancarkan urusan seharian
Kelab UMTAC, KMUCK mahu lahir pemanah negara
Guru SK Rumbia buat kejutan. Sepakat bermesyuarat di dalam kereta api, kreatif sungguh!