jelleke-vanooteghem-Wa-HNVNskTI-unsplash (1)
jelleke-vanooteghem-Wa-HNVNskTI-unsplash (1)

Ajar anak menulis di rumah, ini tip yang perlu ibu bapa tahu

webadmin
22 Oct 2021 12:36pm
A
A
A

Mungkin ada segelintir ibu bapa yang menganggap kebolehan untuk menulis dalam kalangan anak-anak akan hadir secara automatik sebaik sahaja mereka melangkah kaki ke alam persekolahan atau secara mudahnya, semua itu adalah tugas cikgu.

Namun, jika anak-anak hanya mula belajar menulis ketika mereka bersekolah rendah, mereka sebenarnya agak ketinggalan berbanding berapa rakan-rakan sebaya mereka.

Oleh itu, ada baiknya jika pelajaran ini dapat diperoleh sebelum mereka memasuki alam persekolahan, di samping menjadi antara yang terawal dapat menulis, ia juga dapat membina daya kreativiti mereka.

Jom ikuti perkongsian di bawah mengenai tip untuk mengajar anak menulis dengan cantik dari rumah.

1. Sediakan tempat yang selesa untuk anak-anak berlatih menulis

Sebelum mengajar anak-anak menulis dengan kemas, anda harus menyediakan tempat yang selesa terlebih dahulu.

Pastikan anak-anak boleh berlatih menulis di atas kerusi dan meja yang stabil serta sesuai dengan saiz fizikal anak. Tujuannya agar anak dapat duduk dengan postur badan yang baik.

Elakkan menggunakan meja atau kawasan tulisan yang terlalu tinggi kerana kedudukan anak ketika belajar menulis boleh mempengaruhi pergerakan tangan sekali gus menjadikan tulisan tidak kemas.

2. Suasana yang menenangkan

Selain menyediakan tempat dan kemudahan yang selesa, jangan lupa mengajar anak-anak menulis dengan cara yang menyeronokkan, misalnya ketika menyanyi atau bermain.

Kanak-kanak pada tahun-tahun awal juga akan senang belajar menulis dengan perkara menarik seperti menggunakan buku berwarna dan gambar.

Sekiranya boleh, cuba ajar anak anda menulis dengan video dan permainan pendidikan.

3. Melatih kemampuan mereka untuk mencengkam

Di era digital ini, kanak-kanak dilihat lebih kerap menaip di tablet atau komputer riba.

Hasilnya, dia mungkin lebih mahir menaip daripada menulis. Hal ini akan menjadikan kemampuan menggenggam mereka tidak dilatih dengan betul.

Menurut jurnal Advance in Psychiatric Treatment, tulisan tangan bermanfaat untuk kesihatan tubuh kanak-kanak secara keseluruhan.

Oleh itu, sebelum mengajar kanak-kanak cara menulis dengan cantik, bangunkan kemahiran mencengkam terlebih dahulu, antara perkara yang boleh meningkatkan kekuatan tangan mereka adalah dengan bermain tanah liat (plastercine).

Gambar hiasan kredit unsplash

4. Minta bantuan guru di sekolah

Kanak-kanak yang menghadiri tadika biasanya sudah mula belajar menulis di sekolah. Namun, agar mereka menjadi lebih mahir, praktis juga kemahiran menulis ketika berada di rumah.

Minta bantuan guru untuk menyediakan kertas latihan menulis yang perlu dilakukan di rumah. Tujuannya adalah agar anak-anak merasa wajib menyiapkannya sebagai salah satu kerja sekolah yang diberi oleh guru.

5. Ajar mereka menulis huruf menggunakan corak

Ajar mereka cara melukis garis dan tunjukkan kepadanya dari mana huruf harus bermula.

Sekiranya perlu, buat corak menggunakan titik-titik yang membentuk setiap huruf supaya mereka dapat menulis mengikut corak.

Dengan melakukan ini, mereka pastinya akan terbiasa menulis menggunakan corak yang telah dibuat. Kaedah ini dapat menjadikan tulisan tangan kanak-kanak lebih kemas dan senang dibaca.

6. Beri hadiah

Kanak-kanak di usia awal biasanya akan lebih teruja untuk belajar menulis apabila diberi hadiah sebagai ganjaran. Oleh itu, berikanlah hadiah yang disukai mereka sebaik sahaja selesai latihan menulis.

Untuk lebih menarik, hadiah yang diberi boleh dibuat mengikut kualiti tulisan. Semakin kemas tulisannya, semakin menarik hadiah yang diberikan.

Jangan lupa juga untuk memberi pujian kepada mereka.

Gambar hiasan kredit unsplash

7. Biarkan mereka beimaginasi

Bukan hanya bentuk tulisan yang perlu dilatih, kandungan tulisan mereka juga mesti diasah. Kemahiran literasi kanak-kanak dapat dilatih dengan membiasakan diri menulis sejak usia awal.

Biarkan mereka bebas berimaginasi dengan menulis kisahnya sendiri. Sebagai contoh dengan menulis surat kepada ayah, ibu dan rakan-rakannya.

Selain mengajar anak-anak untuk menulis dengan lebih kemas, aktiviti ini juga dapat merangsang kebolehan kognitif mereka. Di samping itu, melalui aktiviti ini, mereka juga dapat dilatih untuk menyatakan pendapat dan perasaannya kepada orang lain.

Sumber: hellosehat.com

Artikel berkaitan 

Rangkul naib johan dan pendebat terbaik, USIM kongsi tip kejayaan mereka

Jangan lepaskan peluang! Permohonan program-program Penajaan JPA Tahun 2022 kini dibuka

MSU memperkasa kemahiran mahasiswa


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan