HomeGen ZJangan lepaskan peluang! Permohonan program-program Penajaan JPA Tahun 2022 kini dibuka

Artikel Berkaitan

Jangan lepaskan peluang! Permohonan program-program Penajaan JPA Tahun 2022 kini dibuka

Tamat sudah debaran penantian 407,097 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) apabila keputusan telah diumumkan semalam.

Daripada jumlah tersebut, seramai 9,696 calon iaitu 2.54 peratus telah berjaya memperoleh semua A dalam subjek yang didaftar.

Walaupun berdepan dengan cabaran Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) akibat pandemik Covid-19, pujian harus diberikan kepada semua pelajar SPM 2021 kerana masing-masing telah melakukan yang terbaik.

Kini, pelajar akan mula memasuki fasa seterusnya iaitu membuat keputusan dan hala tuju masa depan masing-masing.

Melanjutkan pelajaran dan pemilihan jurusan di institusi pengajian tinggi (IPT) amat penting supaya masa depan pelajar terjamin.

Sehubungan itu, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah membuka permohonan kepada semua pelajar lepasan SPM 2021 yang memenuhi syarat-syarat kelayakan untuk memohon Program-Program Penajaan JPA Tahun 2022 mulai 16 hingga 26 Jun ini.

Terdapat tiga program yang boleh dimohon pelajar iaitu Program Khas Lepasan SPM Dalam Negara (LSPM), Program Penajaan Nasional (PPN) dan Program Khas Jepun, Korea, Perancis dan Jerman (JKPJ).

Bagi LSPM, penajaan akan diberikan dalam bentuk pinjaman boleh ubah kepada pelajar cemerlang SPM 2021 yang mendapat keputusan sekurang-kurangnya 9A+ untuk melanjutkan pelajaran di dalam negara.

Calon-calon yang terpilih untuk PPN pula akan ditawarkan penajaan bagi mengikuti pengajian peringkat persediaan sehingga ke peringkat ijazah pertama tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan dan pengiktirafan bidang pilihan di 10 universiti terbaik dunia di Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK).

Bagi pelajar-pelajar yang ingin menceburi bidang bidang kejuruteraan, sains dan teknologi serta sains sosial boleh memohon penajaan JKPJ yang diberikan dalam bentuk pinjaman boleh ubah di negara Jepun, Korea, Perancis dan Jerman.

Kesemua pelajar ini juga akan ditaja untuk mengikuti program persediaan sebelum melanjutkan pengajian ke peringkat diploma atau ijazah pertama di negara-negara berkenaan.

Kepada pelajar-pelajar yang berminat, mereka boleh membuat permohonan atau untuk maklumat lanjut boleh layari laman sesawang http://esilav2.jpa.gov.my bermula 16 sehingga 26 Jun ini sehingga pukul 5 petang.

Selain itu, para pelajar juga boleh memanfaatkan saluran pertanyaan sepanjang tempoh permohonan menerusi e-mel [email protected] atau talian 03-8885 3297.

Artikel berkaitan

Permohonan kemasukan IPG, Kolej Matrikulasi sesi 2022/2023 Fasa Dua bermula 1 Jun

Teringin belajar di Jepun, ini antara biasiswa yang pelajar boleh cuba mohon

3 mahasiswa cemerlang ditaja kerajaan negeri Terengganu RM1.78 juta, sambung belajar ke Jepun


kuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Terkini