Pelajar MSU yang mengikuti Global Mobility Programme di Bilkent University, Turkiye.
Pelajar MSU yang mengikuti Global Mobility Programme di Bilkent University, Turkiye.

MSU memperkasa kemahiran mahasiswa

Rasyidah Zulkifi
27 Jun 2022 04:55pm
A
A
A

Pendidikan berkualiti menjadi agenda utama MSU dalam melahirkan graduan yang holistik, berkualiti dan kompeten.

Terkenal dengan visi komitednya ke arah mencerna kecemerlangan dan kejayaan dalam kalangan graduannya, Management & Science University (MSU) telah melaksanakan pelbagai strategi khusus bagi mencapai matlamat tersebut.

Antara strategi berkenaan ialah inisiatif pengantarabangsaan di mana MSU telah menyediakan platfom khusus kepada mahasiswa untuk mendapat pendedahan global melalui Global Mobility Programme (GMP), Global Leadership Programme (GLP) dan Global Internship Programme (GIP).

Penyertaan mahasiswa dalam program-program ini bukan sahaja dapat memperkasakan kemahiran insaniah tetapi turut memperkukuhkan lagi penghayatan mereka terhadap aspek keunikan sosial dan budaya, perkongsian maklumat dan kemahiran, sistem pembelajaran dan pengajaran, jaringan kerjasama, rakan-rakan baharu, khidmat komuniti serta sebagai ‘duta kecil’ negara.

GMP membolehkan mahasiswa memperkasakan pengalaman global mereka dalam aspek akademik di mana terdapat 150 rakan universiti MSU di seluruh dunia sebagai pilihan bagi menimba ilmu.

Antara negara-negara terlibat ialah United Kingdom, Jerman, Australia, Jepun, Ireland, Korea Selatan, China, Kazakhstan, Turkiye, Amerika Syarikat, Afrika Selatan, India, Indonesia, New Zealand dan lain-lain.

Pelajar MSU yang mengikuti Global Mobility Programme di Bilkent University, Turkiye.

GLP pula lebih berbentuk pendedahan mahasiswa MSU kepada program-program jangka pendek untuk mengukuhkan dan membina aspek-aspek kepimpinan mereka.

Program ini merangkumi penyertaan mahasiswa dalam program khidmat sosial, lawatan sambil belajar serta perkongsian budaya yang dirancang dengan pelbagai institusi pengajian tinggi (IPT) luar negara dan badan-badan global yang lain.

Sementara GIP pula membolehkan mahasiswa MSU menjalani latihan industri di peringkat global sama ada bersama organisasi korporat, IPT, NGO, pusat penyelidikan, hospital serta industri hospitaliti.

Elemen pengantarabangsaan menyumbang kepada aspek kebolehpasaran mereka selepas bergraduat di mana Kajian Pengesanan Graduan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) menyaksikan kebolehpasaran graduan MSU berada pada tahap 98.7 peratus sekali gus membuktikan graduan MSU adalah pilihan dalam kalangan majikan sama ada dalam atau luar negara.

Artikel berkaitan 

5 kemahiran untuk memancing udang galah

Kemahiran sukan mampu bentuk jati diri anak, bukan sekadar menjadi atlet 

Kemahiran teknikal dan insaniah sama penting, doktor gigi perlu sentiasa belajar

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok