Lihat gambar 2, ukuran yang diberikan adalah dalam sentimeter
Lihat gambar 2, ukuran yang diberikan adalah dalam sentimeter

Cikgu Raihan berkongsi teknik mengukur gunakan telefon pintar

Rasyidah Zulkifi
22 Mar 2022 05:08pm
A
A
A

Kebiasaannya, guru-guru akan menggunakan pita pengukur untuk mengira panjang suatu objek atau jarak ukuran secara manual.

Dengan adanya kemajuan dalam bidang teknologi maklumat (ICT), semuanya boleh dibuat di hujung jari.

Guru Sekolah Kebangsaan (SK) Rapat Jaya, Raihan Jalaludin berkata terdapat aplikasi untuk mengukur ketinggian atau saiz sesuatu benda hanya dengan menggunakan peranti pintar.

“Memang hebat, menggunakan teknologi AR (Augmented Reality) kita dah tak perlukan banyak benda dalam kehidupan seharian.

“Semua kita guna telefon sahaja.

“Tak mustahil suatu hari nanti akan ada tukang jahit yang ukur badan pelanggan dengan telefon sahaja untuk tempah baju,” katanya.

Guru Bahasa Inggeris yang mengajar di Ipoh, Perak itu berkata kecanggihan teknologi membolehkan pita pengukur muncul dalam skrin telefon.

“Saya dah cuba aplikasi yang saya rasa memang sangat membantu dan bagus untuk digunakan dalam kehidupan kita sehari-hari.

“Maklumlah kadang-kadang ada saja benda yang kita nak ukur.

“Aplikasi tersebut adalah Measure (yang boleh di dapati bagi pengguna Apple iOS 12) dan anda juga boleh cuba aplikasi AirMeasure - AR Tape & Ruler yang disokong oleh kedua-dua Android dan IOS, boleh didapati di Google Play Store serta Apps Store,” katanya.

Difahamkan ia bukan setakat mengukur saiz dan ketinggian, malah, pengguna juga boleh melihat kesamarataan sesuatu permukaan.

Beliau juga menunjukkan langkah-langkah penggunaan aplikasi Measure.

“Pertama, anda perlu menggerakkan telefon sehingga bulatan dan titik seperti dalam gambar 1 muncul.

“Kemudian, gerakkan ia ke titik permulaan untuk anda membuat satu-satu ukuran.

“Setelah itu, gerakkan bulatan setakat mana pengukuran yang anda mahukan,” katanya.

Menurutnya semakin tinggi sesuatu ukuran itu, maka, semakin besar nilai dan ia akan ditukar kepada unit yang lebih sesuai.

“Lihat gambar 2, ukuran yang diberikan adalah dalam sentimeter (CM).

“Semakin tinggi unit ukuran, ia akan berubah kepada inci dan sebagainya,” jelasnya.

Kata Raihan lagi, ada banyak lagi aplikasi untuk mengukur yang boleh didapati melalui Google Play Store.

“Untuk rujukan tambahan dan penerangan yang lebih detail tentang aplikasi-aplikasi tersebut, anda boleh merujuk di blog Joy of Android.

“Pilihan di tangan anda untuk memilih mana satu aplikasi yang anda inginkan,” katanya.

Artikel berkaitan 

Guna teknologi dan gajet, dapat pelbagaikan kaedah PdP dan atasi masalah beg berat

Ingin memulakan aktiviti berjoging? Ini teknik pernafasan yang perlu diketahui pelajar terlebih dahulu

8 tip kawal penggunaan gajet


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan