kara-eads-L7EwHkq1B2s-unsplash
kara-eads-L7EwHkq1B2s-unsplash

Guru dan pelajar, ini 6 tip kekal sihat di musim panas

Roshlawaty Md Raieh
28 Jan 2022 05:19pm
A
A
A

Sejak akhir-akhir ini, cuaca di negara kita dilihat agak tidak menentu. Ada kalanya sangat panas hingga suhu mencecah 40 darjah celsius dan adakalanya hujan lebat disertai angin kencang.

Dek cuaca sedemikian, ia sudah pasti mendatangkan pelbagai kemudaratan kepada kesihatan kita.

Bagi guru dan pelajar pula, cuaca sebegini mengundang ketidakselesaan mereka untuk mengajar dan belajar.

Sebagai membantu mereka untuk selesa ketika negara berdepan cuaca panas khususnya, GPSBestari kongsikan beberapa tip kekal sihat untuk anda.

Jom baca!

1) Banyakkan minum air putih dan isotonik

Ini paling penting sebagai usaha guru dan pelajar untuk sentiasa kekal berhidrasi. Caranya adalah, anda perlu banyak minum air putih tanpa mengira tahap aktiviti fizikal seharian. Selain itu juga, anda juga boleh minum air isotonik untuk menggantikan garam dan mineral yang keluar melalui peluh.

2) Kurangkan minum air berkafein, bergula dan beralkohol

Kebanyakan individu akan menganggap semua air adalah sama dan kerap minum air ketika musim panas adalah keputusan yang betul. Namun begitu, cikgu dan pelajar juga perlu tahu bahawa air berkafein, bergula atau beralkohol adalah tidak bagus untuk kesihatan terutamanya ketika musim panas. Ini kerana minuman sebegini hanya akan mengakibatkan individu kerap membuang air kecil lalu menyebabkan kekurangan cecair dalam badan.

Baca juga Bengkel Asas Penulisan Berita beri manfaat kepada pelajar

Baca juga Isteri sebak terima ijazah sarjana arwah suami

3) Luangkan masa dengan bijak

Apa yang perlu dilakukan oleh individu ketika musim panas adalah lebihkan masa berada di dalam rumah dan hadkan aktiviti luar.

Ini bertujuan melindungi diri daripada panas dan terik cahaya matahari. Ambil peluang ini untuk memanjakan diri dan berehat di hadapan kipas atau penyaman udara di dalam rumah.

4) Sapukan losyen pada kulit

Bagi memastikan kulit kekal gebu, bersih, sihat dan dilindungi sepanjang musim panas ini, anda boleh sapukan losyen pada kulit. Gunakan losyen ‘sunblock’ bagi mengelakkan kulit anda terbakar.

5) Jangan duduk lama di dalam kenderaan

Dinasihatkan supaya tidak duduk di dalam kenderaan terutamanya yang tidak mempunyai penyaman udara untuk waktu yang lama. Ini kerana bahang yang terkumpul di dalam kenderaan boleh mendatangkan kemudaratan buat diri masing-masing.

Ikuti juga kami di:

Instagram: https://www.instagram.com/gpsbestari/

Twitter: https://twitter.com/GPSBestari

Youtube: https://www.youtube.com/c/GPSBestariOfficial/

6) Pakai pakaian yang sesuai

Pakaian yang tebal, ketat dan berwarna gelap hanya sesuai dipakai ketika musim sejuk atau waktu malam. Ia tidak sesuai dipakai ketika matahari berada tegak di atas kepala.

Oleh itu, pakailah pakaian yang ringan, longgar dan berwarna terang ketika musim panas ini. Selain pakaian, gunakan aksesori seperti topi atau payung bagi melindungi anda daripada panas dan terik cahaya matahari.

Rancang aktiviti seharian dengan baik bagi meminimakan pendedahan cikgu dan juga anak-anak didik terhadap panas dan terik cahaya matahari. Jika berlaku sebarang masalah pada kulit atau kesihatan, segera berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan.

Sumber: Blog HelloDoktor

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan