unisza
unisza

Isteri sebak terima ijazah sarjana arwah suami

Nor Azma  Muhamat Laila
28 Jan 2022 04:10pm
A
A
A

KUALA NERUS - Graduan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Allahyarham Mohd Huzir Mohamed yang meninggal dunia di rumahnya akibat serangan jantung pada Ogos tahun lalu, menerima Ijazah Sarjana di Majlis Idul Ilmi Konvokesyen ke-12 UniSZA, di sini, baru-baru.

Suasana syahdu menyelubungi sesi terakhir majlis konvokesyen itu apabila isteri Mohd Huzir, Nor Hidayu Abd Wahan, 30, naik ke pentas menerima Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan bagi pihak suaminya yang disampaikan oleh Pro-Canselor UniSZA, Tan Sri Profesor Dr Mohd Yusoff Md Nor.

Nor Hidayu ketika ditemui berkata, sebelum kejadian arwah Mohd Huzir berada di rumah dan rakan suaminya memaklumkan kepadanya bahawa suaminya tidak dapat dihubungi.

Katanya, selepas itu beliau terus pulang ke rumah dari tempat kerja dan mendapati suaminya telah pun pengsan dan tidak sedarkan diri.

“Meskipun beliau tidak ada pada hari ini, saya redha dengan pemergiannya dan merasa bangga kerana arwah dapat menamatkan ijazah sarjana yang memang menjadi impian dia selepas kami berkahwin.

“Arwah juga berhasrat untuk menyambung pengajian di peringkat doktor falsafah (PhD) sebelum umur 40 tahun tapi apakan daya dia pergi dulu,” katanya yang kini bekerja sebagai Pembantu Optemetrist di bandar Kuala Terengganu.

Menurut Nor Hidayu lagi, tarikh suaminya meninggal adalah hari ulang tahun perkahwinan mereka yang ketiga dan mereka sudah merancang untuk menyambutnya di rumah keluarga.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok