pexels-pixabay-38519
pexels-pixabay-38519

Kenali jenis-jenis komputer yang ada di seluruh dunia

Mohd Khairi Mohamad Yusri
15 Oct 2021 02:00pm
A
A
A

JIKA sebut sahaja pasal komputer, pasti ramai yang menganggap ia hanya ada dua jenis sahaja, iaitu komputer riba dan juga desktop. Ini kerana kebanyakan daripada kita hanya terdedah dengan dua gajet itu sahaja.

Mungkin ramai yang tidak tahu, sebenarnya telefon pintar yang selalu digunakan itu juga termasuk dalam kategori komputer.

Nak tahu apa lagi jenis-jenis komputer yang ada, jom ikuti senarai di bawah ini.

1. Komputer Peribadi (PC)

Komputer Peribadi (PC) didefinisikan sebagai sebuah komputer yang dirancang untuk penggunaan oleh seorang sahaja. Walaupun kebanyakan orang menyamakan istilah ini dengan komputer yang menggunakan sistem operasi Windows, tetapi anggapan itu salah kerana iMac juga sebenarnya juga dikategorikan sebagai PC.

Sebenarnya sebelum istilah PC dipopularkan, komputer-komputer jenis ini dikenali sebagai mikrokomputer kerana ia adalah sebuah komputer yang lengkap tetapi dibuat dalam saiz yang kecil jika dibandingkan dengan saiz komputer yang ada.

2. Desktop

Komputer jenis Desktop tidak direka untuk penggunaan secara mudah alih dan ia hanya digunakan pada lokasi yang tetap. Ia meliputi sebuah kotak casing (disebut "towers") yang besar. Dilengkapi dengan sebuah monitor, yang akan memenuhi ruang meja kerja sama ada di rumah atau di pejabat.

Kebanyakan desktop menawarkan lebih banyak kuasa, storan penyimpanan dan fleksibiliti dengan kos yang lebih rendah daripada jenis komputer mudah alih yang lain.

3. Komputer riba

Suatu ketika dahulu, jika anda ingin menggunakan komputer, pilihan terbaik adalah desktop. Ini kerana idea tentang sebuah komputer mudah alih hanyalah angan-angan. Agak mustahil pada ketika itu untuk memasukkan semua ciri-ciri yang ditawarkan oleh dekstop dalam sebuah kotak kecil.

Namun pada pertengahan 1980-an, banyak pengeluar komputer mula mencipta dan mempopularkan penggunaan komputer riba.

Komputer riba adalah komputer mudah alih yang menyatukan skrin, papan kekunci, peranti penunjuk atau trackball, cip pemproses, memori (ram) dan hard drive, semuanya berada dalam sebuah kotak yang hanya besar sedikit berbanding kebanyakan buku jenis hardcover.

4. Netbook

Netbook adalah komputer ultra-portable yang lebih kecil daripada komputer riba biasa. Kosnya juga jauh lebih murah berbanding dengan hampir semua komputer riba yang baru yang berada di pasaran.

Namun, komponen yang ada di dalam sebuah netbook adalah sangat kurang berkuasa berbanding komputer riba biasa.

5. PDA

Personal Digital Assistants (PDA) diintegrasikan ke dalam komputer yang sering menggunakan memori kilat dan bukannya hard disk sebagai storan penyimpanan.

Komputer jenis ini biasanya tidak mempunyai papan kekunci dan hanya bergantung pada teknologi skrin sentuh untuk input pengguna. PDA biasanya lebih kecil daripada buku kamus saku, sangat ringan dengan jangka hayat bateri yang berpatutan.

Ia agak popular pada satu ketika dahulu, tetapi ketika revolusi telefon pintar bermula seperti iPhone dan Samsung menggabungkan ciri panggilan dan fungsi PDA bersama dengan keupayaan komputer penuh yang semakin banyak fungsi setiap hari

6. Server

Ia adalah sebuah komputer yang telah dioptimumkan untuk memberikan perkhidmatan kepada komputer lain melalui rangkaian. Server biasanya mempunyai cip pemproses yang kuat, RAM yang tinggi dan storan penyimpanan yang besar.

7. Mainframe

Pada waktu dulu, komputer mainframe biasanya akan memenuhi seluruh ruangan bilik. Tetapi kini tidak lagi kerana saiz komputer semakin mengecil tetapi kuasanya semakin meningkat.

Ia masih digunakan pada masa kini terutamanya oleh syarikat-syarikat besar yang mengurus dan memproses jutaan transaksi yang berlaku pada setiap hari.

8. Supercomputer

Komputer jenis ini biasanya berharga ratusan ribu dan mampu mencecah jutaan ringgit. Walaupun ada beberapa superkomputer adalah sebuah sistem komputer tunggal. Namun, kebanyakannya adalah terdiri daripada beberapa komputer berprestasi tinggi yang berfungsi selari sebagai sebuah sistem tunggal.

Antara pembangun superkomputer yang paling terkenal adalah Cray Supercomputer.

10. Wearable Computer

Trend terkini dalam dunia komputer adalah komputer yang boleh dipakai. Pada dasarnya, aplikasi komputer biasa digunakan seperti e-mel, pangkalan data, multimedia, dan kalendar dimasukan ke dalam jam tangan, telefon bimbit, pelindung dan juga pakaian.

Komputer ini menyasarkan mereka yang aktif dengan aktiviti luar, yang membolehkan mereka mengesan lokasi, ketinggian, kalori yang dibakar, langkah, kelajuan, dan banyak lagi.

Sumber: howstuffworks.com

Artikel berkaitan 

Ikuti tip ini jika mahu masuk bidang kimpalan 

7 Universiti Terbaik Dunia Dalam Bidang Kejuruteraan

Makin ramai pelajar tidak sihat, ibu bapa diminta pantau kesihatan anak-anak


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan