pexels-photo-7000440
pexels-photo-7000440

Ikuti tip ini jika mahu masuk bidang kimpalan

Mohd Khairi Mohamad Yusri
15 Oct 2021 01:26pm
A
A
A

JIKA kita melihat orang melakukan kerja-kerja kimpalan, mungkin anda yang menganggapnya mudah. Namun apabila dicuba sendiri banyak yang tak kena, berlubang sana sini! Selepas itu barulah sedar ia merupakan kerja yang sangat susah, jadi bertepatanlah dengan pendapatan lumayan yang diterima oleh tukang kimpal.

Pada 2019, Sinar Harian ada melaporkan seorang pemuda yang mengambil sijil dalam bidang kimpalan dari Akademi Binaan Malaysia (ABM) telah memperoleh pendapatan bulanan sehingga RM20,000.

Itu tidak termasuk jika melakukan kerja kimpalan di dalam air, di mana pendapatan yang mampu diraih adalah sehingga RM100,000 sebulan.

Jika anda berminat untuk mempelajari bidang ini, bolehlah menyambung pelajaran di kolej-kolej vokasional yang menawarkan bidang ini.

Berikut tip asas yang boleh digunakan jika anda mahu menceburi bidang ini.

1. Gunakan peralatan yang betul

Pilih pakaian yang bersesuaian. Ini bagi melindungi daripada sinaran UV yang keluar dari pistol kimpalan kerana anda berisiko untuk mendapat ‘sunburn’.

Pilih topi keledar dengan lensa penyesuaian supaya anda dapat melihat dengan jelas apa yang dilakukan tanpa merosakkan mata. Perlindungan lain yang selalu diabaikan adalah cermin mata bawah helmet kimpalan.

2. Siapkan tempat yang bersesuaian

Terdapat beberapa perkara yang perlu dilakukan sebelum memulakan kimpalan.

Bersihkan permukaan logam. Gunakan kertas pasir atau berus dawai untuk membersihkannya dan kemudian gunakan produk pembersihan logam.

Gunakan primer di kawasan yang telah dibersihkan. Hal ini kerana logam yang dikimpal akan menjadi lembut, oleh itu ia perlu untuk berikan perlindungan tambahan di atasnya. Primer kimpalan akan melindungi kawasan tersebut daripada berkarat atau hancur.

Periksa jika ada bebola di hujung kawat pistol kimpalan. Ia sesuatu yang ingin dielakkan kerana akan menjadikan hasil kimpalan menjadi buruk. Jika anda mendapati ada bebola di situ, potong dengan pemotong wayar.

3. Gunakan rod kimpalan yang betul

Cari rod ketebalan yang betul untuk logam yang akan dikimpal. Untuk logam nipis, gunakan rod diameter tipis.

Untuk logam yang tebal, gunakan rod yang lebih besar. Juga, pastikan anda menyesuaikan jenis rod dengan jenis logam. Sebagai contoh, jika anda menggunakan kimpalan aluminium, gunakan rod aluminium.

4. Ketahui cara menyelesaikan masalah

Pelbagai masalah boleh timbul semasa proses pengimpalan seperti kimpalan mungkin tidak cukup kuat untuk menyatukan logam, atau kimpalan mungkin tidak betul. Jika ini berlaku, anda perlu mengetahui sumber masalahnya supaya ia dapat diselesaikan.

Berikut adalah beberapa petunjuk asas yang mungkin dapat membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi:

Lubang pada logam di kawasan kimpalan

Ini mungkin disebabkan penggunaan voltan yang terlalu tinggi. Akibatnya, jahitan kimpalan menjadi terlalu panas dan memakan kawasan yang dikimpal. Penyelesaian lain adalah kelajuan pergerakan rod yang perlahan.

Tiada kimpalan yang terhasil

Sekali lagi, perkara ini boleh berlaku apabila voltan yang digunakan terlalu tinggi atau kelajuan rod yang rendah.

5. Dengar bunyi Weld

Ada beberapa bunyi yang terhasil ketika kimpalan sedang dilakukan. Setiap bunyi yang terhasil tersebut menandakan kualiti daripada kimpalan yang dilakukan.

- Daging digoreng: Ia adalah penerangan yang selalu digunakan untuk bunyi kimpalan. Api akan mendesis, dengan beberapa bunyi ‘pop’. Ini selalunya bererti bahawa kimpalan yang dilakukan adalah betul.

- Bunyi popcorn meletup: Sekiranya bunyi kimpalan berbunyi seperti ini, iaitu banyak bunyi snap dan popping, ia mungkin menunjukkan bahawa kelajuan rod adalah terlalu cepat.

- Bunyi seolah-olah gas bocor (hissing): Selalunya ia menunjukan bahawa kelajuan rod terlalu perlahan. Ini juga menunjukan hasil kimpalan yang lemah dan tidak selamat.

Sumber: p-mbuilders.com

Artikel berkaitan 

Hala tuju pendidikan TVET

Risau kerana ada pembentangan tak lama lagi? Ikuti 6 tip ini

Kenali jenis-jenis komputer yang ada di seluruh dunia


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok