UM muncul juara pertandingan Jessup Moot 2021 Asia Pasifik
UM muncul juara pertandingan Jessup Moot 2021 Asia Pasifik

UM muncul juara pertandingan Jessup Moot 2021 Asia Pasifik

webadmin
16 Mar 2021 09:00am
A
A
A

KUALA LUMPUR - Universiti Malaya (UM) muncul juara Pertandingan Rantau Asia Pasifik Philip C Jessup International Law Moot Court 2021, selepas menewaskan universiti National University of Singapore (NUS).

UM dalam satu kenyataan berkata universiti itu dinobatkan sebagai juara selepas memperoleh skor 7-0, memenangi semua empat perlawanan dalam pusingan awal, suku akhir dan separuh akhir.

"Pasukan UM dianggotai oleh siswa dari Fakulti Undang-Undang, Ameerah Nasri (Tahun Empat), Nevyn Vinosh (Tahun tiga), Peh Qi Hui (Tahun tiga), Saradha Lakshmi (Tahun tiga) dan Chew Thean Ern (Tahun dua),” menurut kenyataan itu.

Pertandingan ini berlangsung sepenuhnya secara dalam talian disebabkan pandemik Covid-19 dan semua pasukan dari pusingan serantau akan terus mengambil bahagian secara langsung dalam pusingan global tanpa kelayakan tradisional di peringkat kebangsaan.

Menurut kenyataan itu, UM menjadi tuan rumah pertandingan Rantau Asia Pasifik dari 24 hingga 28 Februari menjelang pusingan global.

Pertandingan yang juga dikenali sebagai Jessup Moot itu merupakan pertandingan mahkamah moot antarabangsa terbesar dan tertua di dunia.

Menurut kenyataan itu pertandingan tahun ini menarik penyertaan 25 pasukan dari enam negara termasuk Indonesia, Kemboja, Singapura, Kazakhstan, New Zealand dan Malaysia - BERNAMA

Artikel menarik

Flipped Classroom mudahkan pembelajaran pelajar, Cikgu Hailmi kongsi keistimewaanya!

MCMC giat tambah baik masalah capaian internet di bawah pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA)

 

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok