USIM tawar 13 program pascasiswazah dalam Bahasa Melayu
USIM tawar 13 program pascasiswazah dalam Bahasa Melayu

USIM tawar 13 program pascasiswazah dalam Bahasa Melayu

webadmin
29 Jan 2021 06:24am
A
A
A

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bersetuju membuka laluan untuk penulisan tesis menggunakan Bahasa Melayu kepada 13 program pascasiswazah bermula 16 Disember 2020 lalu.

Keputusan yang dipersetujui di Mesyuarat Senat Universiti kali ke 119 Bil 5/2020 itu akan memberi tumpuan bagi program-program pengajian di peringkat pascasiswazah secara penyelidikan.

Naib Canselor USIM, Prof Datuk Dr Mohd Ridza Wahiddin berkata, keputusan berkenaan dibuat bagi memenuhi permintaan semasa dan bertujuan meningkatkan jumlah kemasukan pelajar pascasiswazah terutama dari agensi kerajaan, pekerja sepenuh masa dan kumpulan sasaran yang lain.

“Hasrat ini sebenarnya tidak menghilangkan citra USIM sebenar yang juga memperjuangkan penggunaan Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab.

“Ini kerana hanya 13 program (mod penyelidikan) di peringkat pascasiswazah sahaja yang dibenarkan, manakala program akademik yang lain akan kekal dengan peraturan seperti sedia ada,” katanya.

Dekan di Pusat Pengajian Siswazah (PPS) USIM, Prof Dr Mohd Radhi Ibrahim pula berkata, hasrat tersebut disambut baik dan akan mewujudkan garis panduan baharu kepada bakal pelajar untuk menghasilkan penulisan tesis dengan standard yang akan ditetapkan.

“Saya juga berharap agar bakal pelajar nanti akan memahami dan menghayati garis panduan ini dan sekaligus mendapat kerjasama dari pensyarah atau penyelia untuk membimbing mereka menghasilkan penulisan ilmiah yang standing dengan penulisan di peringkat antarabangsa,” ujarnya.

13 program pascasiswazah yang dibenarkan adalah secara mod penyelidikan iaitu Sarjana Da’wah dan Pengurusan Islam; Sarjana Pengajian Quran & Sunnah; Sarjana Syariah; Sarjana Sains Islam dan Sarjana Sains Sosial.

Manakala di peringkat Doktor Falsafah (PhD) ialah PhD Komunikasi; Kaunseling; Da’wah & Pengurusan Islam;  Pengurusan Sumber Manusia; Pengajian Quran dan Sunnah; Syariah dan Kehakiman; Sains Islam dan Sains Sosial.

Artikel menarik

Koleksi topik target Sejarah SPM 2020, Cikgu Samsuri mohon calon hadamkan!

Cikgu Nazmi jual koleksi kesayangan, beli hadiah perpisahan. ‘Moment’ terakhirnya buat ramai sebak..

Covid-19 bukan halangan dua pelajar Malaysia raih 'straight A's' dalam IGCSE

 

 

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok