Untitled design
Untitled design

UTeM pelopori pembangunan dan perlaksanaan peperiksaan akhir semester dalam talian bertaraf global

webadminwebadmin
21 Aug 2021 09:12pm

Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah berjaya mempelopori pembangunan dan pelaksanaan sistem peperiksaan akhir semester secara dalam talian seiring dengan persekitaran pandemik dan keperluan semasa peringkat global.

Naib Canselor UTeM, Profesor Datuk Wira Dr Raha Abdul Rahim berkata, inisiatif ini seiring dengan tagline UTeM, Sentiasa Merintis Sentiasa Menerajui lalu berhasilnya projek atau sistem dikenali Pengurusan dan Perlaksanaan Peperiksaan Akhir Secara Dalam Talian.

Jelas beliau, antara lain projek ini berobjektif untuk mewujudkan satu proses, kerangka kerja meliputi pengurusan dan perlaksanaan peperikaan yang bersistematik mengikuti peraturan-peraturan peperiksaan berintegriti tinggi.

Ujarnya, projek ini turut menjamin kualiti dan kredibiliti pengurusan dan perlaksanaan peperiksaan secara dalam talian.

Baca juga Cikgu Melankolik Malaya guna saluran YouTube mengajar teknik melukis

Baca juga Profesion perguruan jadi pilihan ramai, tapi anda kena tahu 5 perkara ini sebelum memohon

“Projek yang dibangunkan UTeM ini merupakan projek pengurusan peperiksaan bersepadu yang menjadikan UTeM satu-satunya universiti dalam negara yang membangunkan proses, Prosedur Operasi Stadard (SOP), kerangka kerja, peraturan dan operasi yang bersistematik peringkat global,” ujarnya dalam kenyataan yang dikeluarkan baru-baru ini.

Sementara itu, Pengarah Pusat Sumber dan Teknologi Pengajaran (PSTP) UTeM, Dr Zulisman Maksom berkata, projek ini membuktikan bahawa peperiksaan secara dalam talian boleh dilaksanakan dengan berkesan dan mampu mengawal kualiti peperiksaan itu sendiri.

Katanya, dari aspek pelajar pula pelajar-pelajar boleh menduduki peperiksaan di mana sahaja mereka berada di bawah pemantauan yang berkesan di samping proses penilaian akhir pelajar tidak terganggu.

Menyentuh mengenai tempoh pembangunan dan pelaksanaan projek ini, beliau menyatakan projek mula dibangunkan sejak Mac 2020 dan perlaksanaannya telah berjalan selama tiga semester berturut-turut.

“Ekoran keperluan mendesak pada musim pandemik melanda negara pada waktu itu, maka kami bertungkus lumus bangunkannya dalam tempoh tiga bulan sahaja lalu terhasilnya Sistem Peperiksaan atau  Exam Portal UTeM ini lengkap dengan segenap proses, kerangka kerja dan SOP,” katanya.

Ikuti juga kami di:

Instagram:https://www.instagram.com/gpsbestari/

Twitter:https://twitter.com/GPSBestari

Youtube:https://www.youtube.com/c/GPSBestariOfficial/

Berjaya dilaksanakan selama tiga semester

Menyingkap dari aspek keberkesanan pula, Dr Zulisman menyatakan projek ini telah berjaya dilaksanakan selama tiga semester sepanjang musim pandemik Covid-19.

"Oleh kerana analogi perlaksanaan peperiksaan atas talian ini masih sama seperti perlaksanaan secara fizikal maka penerimaan pelajar dan pensyarah adalah pada kadar sepenuhnya.

"Malah mereka merasakan peperiksaan atas talian ini memberikan banyak faedah terutama dari segi penjimatan masa, sumber, tenaga serta  penggunaan dan penyelenggaraan ruang dan sebagainya," katanya.

Baca juga Lajukan komputer anda dengan 4 kaedah ini! Boleh cuba buat sendiri

Baca juga Ini 6 tip dan trik komputer yang wajib anda tahu!

Secara spesifiknya, projek ini dibangunkan oleh sekumpulan kakitangan akademik dan pentadbiran UTeM yang terdiri daripada beliau sendiri bersama Dr Mohd Adili Norasikin, Muhamad Azmi Zainal, Profesor Datuk Dr Shahrin Sahib, Misdom Lan, Sahhizam Maamin, Mohd Isa Mohd Dom dan Zainudin Salleh.

Mengulas berkenaan pelaksanaan gerak kerja projek ini, beliau berkata, projek dilaksanakan secara bersepadu melibatkan beberapa buah Pusat Tanggungjawab (PTj) di UTeM.

Antaranya adalah PSTP, Bahagian Pengurusan Akademik (BPA), Pusat Perkhidmatan Pengetahuan dan Komunikasi (PPPK) dan kesemua fakulti di UTeM.

Mengulas lanjut, beliau berkata, UTeM telah mendaftarkan keseluruhan proses, kerangka kerja dan SOP peperiksaan dalam talian yang dibangunkan ini ke MYIPO dan kini telahpun mendapat hakcipta.

“Sehubungan itu kami berharap agar projek berimpak global yang telah berjaya kami bangunkan ini malahan terbukti keberkesananya boleh dikomersialkan dan menjadi satu SOP kepada semua bukan hanya di peringkat nasional malahan merentas global,” akhiri beliau.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp