PIBKS minta agar kawalan terhadap permainan lato-lato dipertingkatkan

FIRDAUS HANAFI MOHD ZAINFIRDAUS HANAFI MOHD ZAIN
02 Feb 2023 09:28am

Ini telah mencetuskan kebimbangan dalam kalangan guru dan ibu bapa terhadap keselamatan diri anak-anak mereka.

Pengerusi Pelibatan Ibu Bapa, Komuniti dan Pihak Swasta (PIBKS) Kedah, Zainol Abidin Mohamad berkata, permainan ini semakin popular dalam kalangan pelajar terutamanya murid sekolah rendah.

Ujar beliau, ibu bapa dan pihak sekolah perlu lakukan kawalan dan pemantauan terhadap anak-anak mereka juga jadikan lato-lato sebagai barang larangan untuk dibawa ke sekolah.

“Walaupun masih baru di negara kita, saya percaya permainan ini sudah menular ke semua sekolah. Permainan ini mengeluarkan bunyi yang bising dan boleh mengganggu sesi pengajian di sekolah.

“Terdapat jenis lato-lato yang mempunyai ladung yang sangat berat dan ini akan membahayakan mereka yang bermain jika ladung itu terkena di bahagian muka.

“Kita minta ibu bapa dan pihak sekolah pantau dengan lebih serius mengenai perkara ini,” ujarnya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Zainal Abidin yang juga Focal Person Kebangsaan, Jabatan Pendidikan Kedah berkata, semua pihak harus memainkan peranan untuk tumpukan perhatian kepada kecemerlangan akademik pelajar.

Ujar beliau, masih terdapat banyak isu yang lebih penting untuk dititikberatkan termasuk prestasi akademik pelajar yang dilihat terjejas setelah penularan wabak Covid-19.

Artikel Berkaitan:

“Masih banyak isu lebih penting untuk diutamakan, ada pelajar yang masih lagi tidak boleh membaca ditambah dengan ketiadaaan peperiksaan awam seperti Ujian Penilaian

Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) membuatkan pelajar makin lalai dan tidak mahu belajar.

“Oleh yang demikian, gangguan perkara lain seperti lato-lato ini tidak sepatutnya ada,” katanya.

Lato-lato adalah permainan yang popular diperkenalkan di Amerika Syarikat sekitar tahun 60-an dan 70-an.

Kini, ia kembali menjadi kegemaran ramai orang di negara jiran seperti Indonesia sebelum menular ke negara ini.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp