Tom Kraf by Karangkraf. Makanan kucing kualiti tinggi, mampu milik buatan tempatan

Pemilihan makanan haiwan peliharaan terutama kucing penting dalam memastikan ia sentiasa sihat dan lincah.

01 Feb 2023 12:30am

Pemilihan makanan haiwan peliharaan terutama kucing penting dalam memastikan ia sentiasa sihat dan lincah.

Jika tersilap pilih, kemungkinan haiwan kesayangan akan berdepan masalah tidak mempunyai selera makan sehingga boleh mengundang kekurangan nutrisi dan perubahan karakter kucing tersebut.

Senario berkenaan akan mengakibatkan kucing manja itu berdepan pelbagai masalah kesihatan termasuk jantung, obesiti, buah pinggang dan lain-lain.

Menyedari kepentingan makanan kucing, Kumpulan Karangkraf telah membangunkan produk terbaharu dikenali sebagai Tom Kraf by Karangkraf dalam memenuhi keperluan pemakanan berkualiti, seimbang, sihat dan mampu milik.

Pengurus Pembangunan Perniagaan (Pembungkusan) Ultimate Print Sdn Bhd, Nurul Husna Azmi berkata, Tom Kraf by Karangkraf merupakan produk buatan Malaysia oleh bumiputera yang dilengkapi nutrisi lengkap untuk kesihatan kucing.

Dia memberitahu, produk makanan tersebut khusus untuk kucing berusia satu tahun ke atas ataupun kucing dewasa dan menawarkan dua perisa iaitu tuna serta ayam pada harga mampu milik kepada pencinta-pencinta kucing.

“Keistimewaan produk terbaharu ini adalah ia didatangkan dengan kandungan protein sebanyak 31.5 peratus malah dilengkapi pelbagai vitamin seperti vitamin A, vitamin D3, vitamin E, vitamin E2 dan vitamin K untuk membantu sistem pencernaan serta kesihatan kucing.

“Selain itu, ia tidak mengandungi garam tambahan ataupun pewarna yang boleh menjejaskan kesihatan kucing terutama melibatkan buah pinggang haiwan kesayangan tersebut,” katanya ketika ditemui.

Artikel Berkaitan:

[caption id="attachment_50707" align="alignnone" width="400"] Nurul Husna.[/caption]

Nurul Husna menambah, Tom Kraf by Karangkraf menampilkan konsep makanan kering dengan kibble yang nipis dan rangup malah saiznya bersesuaian untuk kucing mengunyah.

“Semua lapisan masyarakat terutama pencinta-pencinta kucing dapat menikmati produk berkualiti tinggi dengan penghasilan Tom Kraf by Karangkraf kerana dijual pada harga mampu milik.

“Produk terbaharu ini akan memasuki rak-rak kedai serbaneka termasuk cawangan KK Super Mart dalam mempermudahkan akses pembelian kepada khalayak umum,” tuturnya.

Jelasnya, Tom Kraf by Karangkraf juga akan dijual melalui platform dalam talian bagi memperluaskan pasaran.

Bercerita mengenai pemilihan nama Tom Kraf, Nurul Husna berkata, Tom merupakan nama manja bagi haiwan peliharaan kucing manakala Kraf pula mewakili antara produk Kumpulan Karangkraf

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp