Tunku Azizah berkenan menerima Diploma Kehormat Seni Kraf Batik daripada Kraftangan Malaysia melalui IKN yang disampaikan oleh Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Khairul Firdaus Akbar Khan di Istana Negara pada Khamis.
Tunku Azizah berkenan menerima Diploma Kehormat Seni Kraf Batik daripada Kraftangan Malaysia melalui IKN yang disampaikan oleh Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Khairul Firdaus Akbar Khan di Istana Negara pada Khamis.

Tunku Azizah dianugerah Diploma Kehormat Seni Kraf Batik

18 Jan 2024 03:12pm
A
A
A

Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dianugerahkan Diploma Kehormat Seni Kraf Batik oleh Kraftangan Malaysia melalui Institut Kraf Negara (IKN).

Penganugerahan itu disampaikan Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Khairul Firdaus Akbar Khan di Istana Negara pada Khamis.

Diploma Kehormat itu merupakan penganugerahan tertinggi di IKN, sebagai pengiktirafan kepada sumbangan dan jasa Tunku Azizah memartabatkan industri kraf negara khususnya dalam bidang kraf tekstil batik.

Selain itu, Seri Paduka juga telah menghasilkan sebanyak 30 koleksi batik bertemakan Sentuhan Permaisuri: Eksplorasi dan Eksperimentasi Batik Inderapura sepanjang tiga tahun penglibatan baginda di IKN sejak tahun 2020.

Khairul Firdaus ketika ditemui pemberita berkata, beliau menjunjung kasih dan menzahirkan ucapan tahniah kepada Seri Paduka yang telah lama membawa hasil kraf negara ke peringkat antarabangsa.

"Sebenarnya peranan Seri Paduka dalam memperkasa seni kraf ini telah dilaksanakan sekian lama dan ia berjaya ditunjukkan sewaktu lawatan di luar negara sehingga setiap kali lawatan, hasilnya kita menerima banyak maklumat positif berkenaan seni kraf kita," katanya.

Tunku Azizah berkenan menunjukkan beberapa koleksi batik hasil sentuhan baginda selepas majlis penganugerahan Diploma Kehormat Seni Kraf Batik di Istana Negara.
Tunku Azizah berkenan menunjukkan beberapa koleksi batik hasil sentuhan baginda selepas majlis penganugerahan Diploma Kehormat Seni Kraf Batik di Istana Negara.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia, 'Ainu Sham Ramli berkata, sejumlah 30 koleksi batik hasil kerja tangan Tunku Azizah akan dipamerkan pada Sambutan Hari Kraf Kebangsaan nanti di Kompleks Kraf Kuala Lumpur.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, pameran itu boleh dijadikan sebagai sumber inspirasi bagi penggiat batik negara untuk menghasilkan lebih banyak produk batik untuk ditawarkan dalam pasaran.

"Sepanjang tiga tahun, Tunku Azizah mencurahkan minat di IKN bermula 2020 dan menghasilkan karya batik daripada inspirasi Seri Paduka sendiri antaranya corak mahupun pemilihan penggunaan warna.

"Itu kemahiran Tunku Azizah yang sangat berharga dan baginda turut berkongsi pengalaman bersama pelajar serta tenaga pengajar di IKN sendiri," katanya. - Bernama

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok