Beberapa pelajar SMK Batu Lapan bersalaman dengan guru mereka usai tiba di sekolah.
Beberapa pelajar SMK Batu Lapan bersalaman dengan guru mereka usai tiba di sekolah.

Bersalaman dengan penuh kasih sayang! ‘Beliau bagaikan seorang ayah menanti anak. Sebaknya tengok’

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
08 Nov 2024 02:03pm

Video dimuat naik Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Batu Lapan, Sik, Kedah yang memaparkan seorang guru bersalaman dengan para pelajarnya telah mengundang rasa sebak dalam kalangan warga maya.

Kelihatan guru ini bak ‘seorang ayah’ yang setia menanti anak-anak sampai di sekolah dengan selamat.

Apabila pelajar tiba, guru berkenaan terus bersalaman dengan penuh kasih sayang. Mulianya akhlak cikgu!

Warga net yang menonton video berkenaan, turut memberi komen positif terhadap kisah tersebut.

"Alhamdulillah pendidik sejati lahir daripada hati yang ikhlas untuk agama bangsa negara."

"Terbaik Cikgu Muhammad Najmi."

"Allahuakbar, baiknya akhlak cikgu. Sepanjang sekolah dulu-dulu, tak pernah jumpa cikgu sebaik ini. Tahniah cikgu, semoga jadi ikutan pada guru-guru yang lain. Insya-ALLAH.”

"Semoga semua guru-guru sentiasa berada dalam kesejahteraan, rahmat dan kasih sayang ALLAH."

Artikel Berkaitan:

"Terima kasih guru-guru setia menanti ketibaan anak-anak kami. Syabas. Kesinambungan kedua belah pihak akan melahirkan kemenjadian murid."

"Moga anak didik menjadi manusia yang memberi manfaat kepada orang lain, insya-ALLAH."

"Besar jiwa seorang guru masyaAllah. Semoga ALLAH merahmati guru-guru semua dan semoga berjaya anak-anak."

"Guru baik...anak murid pun baik."

"Alhamdulillah, Allahuakbar, baiknya cikgu!"

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp