Inilah jawapan yang mengecewakan seorang guru ketika menanda kertas peperiksaan mereka.
Inilah jawapan yang mengecewakan seorang guru ketika menanda kertas peperiksaan mereka.

Bukan jawapan, hanya contengan semata-mata! 'Malam-malam saya tidak tidur siapkan kertas soalan, ini yang mereka tulis. Kecewa sangat'

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
03 Dec 2024 05:24pm

Rasa kecewa menghiasi hati apabila melihat kertas peperiksan pelajar yang dipenuhi contengan semata-mata.

Namun sebagai pendidik, kekecewaan itu bukanlah pengakhiran kepada kerjaya, sebaliknya ia perlu dibuang jauh-jauh.

Bagi mereka, solusi demi solusi perlu dicari demi menyalakan semula semangat belajar dalam diri anak-anak didik dan sekali gus tidak menjawab yang 'bukan-bukan' di kertas soalan.

Baru-baru ini, pengguna Threads, purpletulip_7 meluah rasa sedih dan kecewanya apabila melihat jawapan yang dikarang para pelajarnya dalam ujian.

"Wondering what happened with our future generations? Malam-malam saya tak tidur siapkan paper exam...turns out my student wrote this,” tulisnya di Threads.

purpletulip_7 yang mungkin seorang guru, berdasarkan hantaran demi hantaran tentang isu pendidikan di Threads memaklumkan, situasi itu (contengan pada kertas ujian) adalah sebahagian sikap pelajar masa kini.

"Anyway, thank you for all your concern and some of the tips i already taken note. Dont worry. Itulah pelajar. Ada pelbagai ragam and jenis. Just enjoy the process, not hard feelings," katanya

Perkongsian purpletulip_7 telah menarik warga maya untuk memberi pandangan mereka tentang perkara tersebut.

Artikel Berkaitan:

"Bagi saya, budak-budak ini tak hormat guru dan tak hormat ilmu. Exam macam ni pun dia main-main dan tak serius. Kalau dah melampau macam ini, tunjukkan je pada mak bapak mereka."

"You pernah suspect tak, student you maybe ada masalah dyslexia atau mild autism? This is not normal."

"Generasi sekarang sangat kurang rasa menghargai."

"Semoga cikgu tabah. Memang mencabar zaman ini. Sudah tiba masanya ibu bapa di rumah dan guru menyebutkan tentang tujuan hidup supaya apa sahaja yang dipelajari dimanfaatkan. Semua ilmu adalah ilmu ALLAH.”

"Sekolah rendah atau sekolah menengah? Parents memang lepas tangan ni. Ramai sebenarnya parents 'malas' ambil tau hal anak. Terlalu sibuk. Serahkan semua pada sekolah dan guru."

"Kak doakan moga guru-guru yang cakna macam puan, ALLAH anugerahkan rahmat."

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp