Pemergian Cikgu Desmond dimaklumkan oleh pihak sekolah menerusi hantaran di Facebook rasmi SK Lambir Village. Foto: Facebook Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak
Pemergian Cikgu Desmond dimaklumkan oleh pihak sekolah menerusi hantaran di Facebook rasmi SK Lambir Village. Foto: Facebook Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak

Cikgu Desmond meninggal dunia. 'SK Lambir Village kehilangan guru berhati mulia'

15 Aug 2025 04:22pm

Dunia pendidikan di Sarawak berduka dengan pemergian seorang pendidik berdedikasi, Cikgu Desmond Abba dari Sekolah Kebangsaan (SK) Lambir Village, Miri, Sarawak, yang telah meninggal dunia pada 13 Ogos lalu sekitar jam 5.30 pagi.

Berita sedih itu dimaklumkan oleh pihak sekolah menerusi hantaran di Facebook rasmi SK Lambir Village.

Menurut perkongsian tersebut, Cikgu Desmond dikenang sebagai seorang guru yang sangat berdedikasi, komited melaksanakan tugasan dan sentiasa meletakkan kepentingan anak murid sebagai keutamaan.

"Marilah sama-sama kita mendoakan semoga mendiang tenang di sana. Diberi kekuatan, kesabaran buat keluarga mendiang dan dipermudahkan segala urusan," tulis pihak sekolah dalam hantaran tersebut.

Berita pemergian Cikgu Desmond turut dikongsi oleh Facebook Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak pada Rabu, yang melahirkan rasa kehilangan terhadap seorang guru yang sentiasa menjalankan amanah dengan penuh tanggungjawab.

Tidak hanya dalam kalangan warga sekolah, bahkan ramai netizen turut membanjiri ruangan komen dengan ucapan takziah dan doa buat mendiang serta keluarga.

Ada yang menyifatkan Cikgu Desmond sebagai insan ramah, murah senyuman dan sentiasa bersedia membantu sesiapa sahaja.

"Takziah buat keluarga Cikgu Desmond. Kehilangan yang amat dirasai. Beliau banyak berjasa mendidik anak-anak di SK Lambir Village."

Artikel Berkaitan:

"Terima kasih cikgu atas segala ilmu dan kasih sayang yang dicurahkan. Moga keluarga tabah menghadapi ujian ini." 

"Seorang guru yang sentiasa memberi inspirasi kepada murid-muridnya. Semoga tenang di sana, cikgu." 

 

 

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp