Guru wanita berusia 44 tahun itu disahkan meninggal dunia selepas dibawa ke ke Klinik Kesihatan Gemencheh.
Guru wanita berusia 44 tahun itu disahkan meninggal dunia selepas dibawa ke ke Klinik Kesihatan Gemencheh.

Guru Besar SJKC meninggal dunia selepas pengsan di pejabat

17 Aug 2025 10:00pm

Guru Besar Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kampung Baru Gedok, Tampin, Negeri Sembilan meninggal dunia selepas ditemui pengsan di pejabatnya pada Ahad.

Guru wanita berusia 44 tahun itu difahamkan hadir ke sekolah untuk sambutan Hari Keusahawan, namun ditemui tidak sedarkan diri di pejabatnya selepas mengadu kurang sihat.

Ahli Parlimen Tampin, Datuk Mohd Isam Mohd Isa berkata, beliau sepatutnya hadir untuk merasmikan program terbabit pada jam 11 pagi, namun satu jam sebelum itu pegawainya memaklumkan kematian mendiang.

"Saya diberitahu sebelum mendiang ditemui tidak sedarkan diri di pejabat, dia mengadu kurang selesa kepada guru lain dan mahu berehat di biliknya.

"Kemudian ada guru yang pergi ke biliknya mendapati mendiang telah pengsan dan segera membawanya ke Klinik Kesihatan Gemencheh yang kemudian mengesahkan kematiannya," katanya.

Menurutnya, berita itu sangat mengejutkan kerana baru seminggu lalu mendiang berjumpa dengannya di pejabat.

Ujarnya lagi, suami kepada mendiang juga memaklumkan yang dia tidak mempunyai sejarah masalah kesihatan.

"Mendiang baru lapan bulan berkhidmat di sekolah itu dan sebelum ini bertugas di SJKC Air Kuning.

Artikel Berkaitan:

"Sepanjang saya mengenali mendiang, dia seorang guru yang berdedikasi dan mempunyai komitmen tinggi dalam tugasnya. Saya mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tampin, Superitenden Amiruddien Sariman berkata, pihaknya akan mengeluarkan kenyataan selepas hasil laporan bedah siasat diperoleh.

WARTAWAN: SYAMILAH ZULKIFLI

 

 

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp