Tuanku Syed Faizuddin Putra (empat dari kiri) berangkat mengetuai Kayuhan MAIPs Peduli Khas bersempena dengan Sambutan Hari Guru 2024 di Homestay 'Bukit Chabang Guest House' di Padang Besar pada Khamis.
Tuanku Syed Faizuddin Putra (empat dari kiri) berangkat mengetuai Kayuhan MAIPs Peduli Khas bersempena dengan Sambutan Hari Guru 2024 di Homestay 'Bukit Chabang Guest House' di Padang Besar pada Khamis.

Guru dituntut kelola sesi pengajaran ikut suasana pembelajaran masa kini

17 May 2024 09:24pm
A
A
A

Guru dituntut untuk mengelola sesi pengajaran mengikut kesesuaian pelajar dalam suasana pembelajaran kini yang mementingkan kepantasan dan ketepatan.

Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah semua pihak perlu memberikan ruang seluas-luasnya kepada guru untuk terus berkarya dan berkreativiti dalam menyampaikan pengajaran berkesan kepada pelajar.

Tuanku Syed Faizuddin Putra bertitah demikian selepas berangkat mengetuai Kayuhan MAIPs Peduli Khas bersempena dengan Sambutan Hari Guru 2024 di Homestay 'Bukit Chabang Guest House' di Padang Besar menerusi kenyataan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) yang dikeluarkan pada Jumaat.

Menurut kenyataan itu, baginda turut berkenan mendengar taklimat sembah maklum berkaitan pelaksanaan inisiatif Pusat Kecemerlangan Pendidikan Faizuddin (FCoEE) daripada Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor.

Sementara itu, Mohd Nazim melalui kenyataan itu berkata, FCoEE ialah sebuah pusat kecemerlangan pendidikan yang ditubuhkan MAIPs bagi membantu sistem pendidikan di Perlis melalui program sokongan dan inisiatif konsisten.

Mohd Nazim turut meminta agar penubuhan FCoEE dimanfaatkan sepenuhnya bagi menjadi pemangkin kepada ekosistem pendidikan yang menyokong komuniti pendidikan Perlis dalam perubahan arus pendidikan perdana dan berteknologi.

"FCoEE ibarat satu 'hadiah' daripada MAIPs untuk komuniti dan ekosistem pendidikan di negeri Perlis tercinta," katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok