Tema Hari Guru pada tahun 2024 adalah ‘Guru Jauhari Digital, Aspirasi Negara Madani’.
Tema Hari Guru pada tahun 2024 adalah ‘Guru Jauhari Digital, Aspirasi Negara Madani’.

Guru jauhari tonggak transformasi pendidikan digital negara

16 May 2024 10:16am

Kemajuan dunia pada hari ini bukan sahaja memberi kesan terhadap industri pekerjaan tetapi juga pendidikan negara yang kini perlahan-lahan berubah menuju ke arah digital.

Reformasi pendidikan dilihat sedang giat dijalankan malah guru-guru di negara ini sudah bersedia menerima sebarang perubahan.

Tugas guru sememangnya berat terutama dalam mendepani pelbagai cabaran bagi memastikan anak didiknya terus melakar kecemerlangan diri selain dapat berbakti semula kepada masyarakat.

Pendidikan ialah nadi utama dalam pembentukan negara bangsa dan menerusi pelan yang komprehensif Malaysia mampu melahirkan modal insan terbaik sesuai dengan kehendak global.

Bersempena Hari Guru tahun ini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengangkat tema ‘Guru Jauhari Digital, Aspirasi Negara Madani’ dan memberi fokus kepada peralihan pendidikan digital.

Tema tersebut sejajar dengan usaha kerajaan yang ingin melaksanakan perubahan pendidikan digital sesuai dengan keperluan masyarakat dunia pada hari ini.

Perubahan dunia pada hari ini yang memberi fokus dalam kecerdasan buatan (AI) dan kini teknologi tersebut turut diaplikasi bagi mendidik anak murid. Walaupun peralihan teknologi sedang berlaku, guru-guru antara insan yang akan mencuba sedaya upaya memastikan pelajar dapat beradaptasi dan memahami setiap perkara dalam silibus pelajaran mereka.

Warga pendidik pada hari ini perlu kreatif dalam mencipta suasana PdP bagi memastikan pelajar lebih aktif dalam memberikan idea atau pendapat. (Gambar hiasan)
Warga pendidik pada hari ini perlu kreatif dalam mencipta suasana PdP bagi memastikan pelajar lebih aktif dalam memberikan idea atau pendapat. (Gambar hiasan)

Artikel Berkaitan:

Warga pendidik pada hari ini perlu kreatif dalam mencipta suasana pembelajaran dan pengajaran (PdP) bagi memastikan pelajar lebih aktif dalam memberikan idea atau pendapat.

Penggunaan alat pembelajaran yang canggih bukan hanya mampu menjana pelbagai buah fikiran baharu tetapi juga melahirkan murid yang mempunyai daya kebolehan pemikiran aras tinggi.

Menerusi Dasar Pendidikan Digital (DPD), hasrat tersebut mampu dicapai dengan mudah sekiranya kerjasama antara guru, murid-murid dan ibu bapa terus terjalin kuat.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp