Dunia pendidikan kehilangan sebutir permata yang amat berharga apabila Cikgu Norizan meninggal dunia Rabu lalu.
Dunia pendidikan kehilangan sebutir permata yang amat berharga apabila Cikgu Norizan meninggal dunia Rabu lalu.

Guru Sains Sekolah Menengah Agama Chuah meninggal dunia. 'Pemergian yang tiada pengganti'

23 Mar 2025 04:42pm

Sinar Bestari dengan rasa dukacita ingin memaklumkan bahawa seorang guru dari Sekolah Menengah Agama Chuah, Port Dickson, Negeri Sembilan telah kembali ke rahmatullah pada Rabu bersamaan 18 Ramadan 1446H.

Pemergian Cikgu Norizan Ghazali yang merupakan guru Sains bukan sahaja meninggalkan kesan mendalam kepada rakan setugas, malah kepada para pelajar yang pernah mendapat sentuhan ilmu dan bimbingan daripadanya.

“Segala jasa dan pengorbanannya akan terus dikenang dan menjadi legasi yang tidak akan pudar ditelan waktu.

“Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman,” kongsi warga maya di ruangan komen di platform Facebook.

Artikel Berkaitan:
Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp