Allahyarhamah merupakan seorang yang baik hati dan sentiasa tersenyum kepada semua orang.
Allahyarhamah merupakan seorang yang baik hati dan sentiasa tersenyum kepada semua orang.

Guru SK Pekan Pagoh meninggal dunia. 'Terima kasih Ustazah Irmee kerana pernah mendidik kami dengan penuh kasih sayang'

10 Mar 2025 10:32pm

Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Pagoh, Johor menerusi platform Facebooknya memaklumkan bahawa salah seorang guru yang dikenali Ustazah Irmee Ismail telah meninggal dunia pada Isnin.

Catat admin Facebook, Allahyarhamah merupakan seorang yang baik hati dan sentiasa tersenyum kepada semua orang.

"Semoga ALLAH SWT memberikan ganjaran syurga Firdaus buat arwah. Al-Fatihah,” tulisnya.

Meninjau di ruangan laman sosial itu, Sinar Bestari mendapati tiada maklumat rasmi mengenai punca kematian Ustazah Irmee.

Namun, apa yang boleh kita lakukan adalah mendoakan agar roh Allahyarhamah Ustazah Irmee dicucuri rahmat oleh ALLAH, diampunkan segala dosa-dosanya, ditempatkan dalam kalangan hamba-hambaNya yang beriman dan beramal soleh.

Semoga segala ilmu yang telah beliau curahkan menjadi pahala berterusan dan segala kebaikan dilakukan menjadi saksi di akhirat kelak.

Doakan juga agar keluarga dan sahabat handai diberi ketabahan dalam menghadapi kehilangan ini.

Sementara itu, ruangan komen Facebook SK Pekan Pagoh dibanjiri doa dan ucapan takziah daripada warga maya.

Artikel Berkaitan:

Azimah Sulaiman: "Innalillahi wa inna Ilaihi Raji’un. Salam takziah buat ahli keluarga. Ustazah pernah mengajar anak saya, Che Amsyar Syirazi pada 2018 hingga 2020. Semoga syurga tertinggi buat ustazah."

Muhammad Roslin: "Terima kasih ustazah sebab pernah didik dan mengajar kami dengan penuh kasih sayang."

Sharif SHah: "Terima kasih cikgu ajar saya pada 2011 hingga 2016. Selamat tinggal cikgu."

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp