Antara guru yang telah 'pergi' meninggalkan kita, dari atas (kiri), Cikgu Mohd Syukri, Cikgu Nasila dan Cikgu Maria manakala dari bawah (kiri), Cikgu Norehan, Cikgu Azrin dan Dr Zulyadini.
Antara guru yang telah 'pergi' meninggalkan kita, dari atas (kiri), Cikgu Mohd Syukri, Cikgu Nasila dan Cikgu Maria manakala dari bawah (kiri), Cikgu Norehan, Cikgu Azrin dan Dr Zulyadini.

Kelompok guru yang sudah pergi...'Terima kasih atas segala bimbingan, kesabaran & kasih sayang selama ini'

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
17 Dec 2024 04:10pm

"Setiap yang bernyawa akan merasai mati. Kemudian kepada Kami kamu akan dikembalikan.” (Surah Al-Ankabut, ayat 57)

"Sesungguhnya maut yang kamu lari daripadanya, sesungguhnya ia akan menemui kamu. Kemudian kamu akan dikembalikan kepada ALLAH yang Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa." (Surah Al-Jumu'ah, ayat 8)

"Setiap umat mempunyai ajal dan apabila ajal mereka tiba, mereka tidak dapat menundanya walau sesaat pun, dan tidak pula dapat mempercepatkannya." (Surah Al-A'raf, ayat 34)

Koleksi ayat ini mengingatkan kita bahawa kematian adalah takdir yang pasti dan tidak memilih sesiapa pun.

Ia adalah ketentuan ALLAH yang berlaku pada setiap makhluk bernyawa, tanpa mengira umur, pangkat dan kedudukan atau status seseorang.

Bagi golongan guru, mereka juga tidak terkecuali akan pergi meninggalkan kita.

Pemergiannya sangat ditangisi kerana mereka telah memberi segala-galanya termasuk ilmu, bimbingan dan kasih sayang yang tiada tandingannya kepada anak-anak didik.

Memetik perkongsian di beberapa grup komuniti di Facebook, Sinar Bestari menyaksikan beberapa guru telah meninggal dunia sekali gus menjadi kehilangan besar yang dirasai warga sekolah.

Semoga ALLAH mencucuri rahmat ke atas roh mereka dan menempatkan dalam kalangan hamba-hambaNya yang beriman.

Terima kasih atas segala bimbingan, kesabaran dan kasih sayang yang telah diberikan sepanjang hayat kalian.

Semoga keluarga yang ditinggalkan diberi ketabahan dan kekuatan. Al-Fatihah.

1) Guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gunung Semanggol, Perak, Cikgu Mohd Syukri Deris

2) Guru SMK Sri Gunung, Bachok, Kelantan, Cikgu Nasila Salleh

3) Mantan Guru Sekolah Kebangsaan (SK) Gersek, Tangkak, Johor, Cikgu Maria Supian

4) Guru SK Sungai Tinggi Trong, Perak, Cikgu Norehan Muhamad Non

5) Mantan guru prasekolah SK Kok Lanas, Kelantan, Cikgu Azrin Ahmed

6) Pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Profesor Dr Zulyadini Ab Rahman

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp