Sesaat membawa padah. Microsleep boleh membunuh. 

Krefit foto: Freepik
Sesaat membawa padah. Microsleep boleh membunuh. Krefit foto: Freepik

Microsleep: Ikuti 5 langkah pencegahan bagi pemanduan selamat

AZLEENDA SAHALUDIN
26 Apr 2023 02:52pm
A
A
A

Kesesakan jalan raya di lebuh raya utama dan jalan Persekutuan menjelang cuti perayaan terutamanya Aidilfitri sememangnya perkara yang sudah dijangka akan berlaku.

Pastinya hari ini juga sudah ramai yang mula pulang ke ibu kota selepas cuti beraya di kampung dan ia sedikit sebanyak akan menyebabkan pemandu cepat penat dan lebih mudah berlakunya microsleep.

Menurut perkongsian Dr Samhan di laman Twitternya, microsleep merupakan tidur singkat yang tidak dapat dikawal selain ia berlaku untuk tempoh beberapa saat ketika seseorang itu sedang melakukan sesuatu aktiviti contohnya memandu kenderaan.

Kebiasaannya ia terjadi dalam kalangan orang dewasa tanpa mengira jantina dan pastinya kesan selepas tersedar daripada microsleep boleh membawa kepada kemalangan maut.

Sehubungan itu, bagi mengelakkan perkara sedemikian berlaku Sinar Bestari tertarik untuk berkongsi tanda-tanda awal microsleep serta tip langkah pencegahan terutamanya kepada ibu bapa dan guru yang memandu pulang ke ibu kota.

Jom baca!

Tanda awal microsleep

1) Tersengguk-sengguk

Artikel Berkaitan:

2) Mata terkebil-kebil

3) Kelopak mata semakin tertutup atau kuyu

4) Tatapan kosong

Langkah pencegahan microsleep

1) Rehat yang cukup

Sebelum memulakan perjalanan, pemandu hendaklah berehat secukupnya bagi mengelakkan rasa penat ketika memandu. Ini juga untuk memastikan perjalanan pulang berjalan lancar tanpa sebarang masalah.

2) Jangan memandu jika mengantuk

Sekiranya pemandu mula berasa mengantuk dengan menguap tanpa henti, dinasihatkan untuk berhenti seketika di mana-mana kawasan rehat. Elakkan untuk teruskan pemanduan sekiranya mengantuk.

3) Minum air yang mencukupi

Digalakkan untuk minum air yang mencukupi bagi mengurangkan rasa kantuk lebih-lebih lagi negara sekarang sedang berdepan dengan cuaca panas.

4) Berbual dengan teman

Bagi mereka yang duduk di tempat penumpang adalah dinasihatkan untuk tidak tidur dan bersama-sama berjaga dengan pemandu. Berbual atau berborak tentang apa-apa sahaja bagi mengurangkan rasa kantuk pemandu sepanjang perjalanan.

5) Berhenti seketika

Pemandu digalakkan untuk berhenti di kawasan rehat lebih kurang 15 hingga 20 minit. Jangan dipaksa diri untuk teruskan pemanduan walaupun badan sudah terasa penat dan letih.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok