Pejuang kanser, Cikgu E disahkan meninggal dunia pada Selasa.
Pejuang kanser, Cikgu E disahkan meninggal dunia pada Selasa.

Pejuang kanser, Cikgu E sudah tiada

SAIFULLAH AHMADSAIFULLAH AHMAD
12 Nov 2025 10:51pm

Bekas guru yang sebelum ini tular kerana semangat juangnya melawan tiga jenis kanser, Nassry Mardee Ismail, 45 atau lebih dikenali sebagai Cikgu E, disahkan meninggal dunia pada Selasa.

Perkhabaran duka itu dimaklumkan menerusi satu hantaran di akaun Facebook miliknya.

"Nassry Mardee Bin Ismail dah meninggalkan kita semua. Moga ALLAH ampuni dia, rahmati dia, maafkan dia, muliakan kematiannya, lapangkan kuburnya dan jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya," tulis hantaran tersebut yang turut disertakan bacaan surah al-Fatihah.

Berita pemergian Allahyarham mengundang rasa sedih dalam kalangan ahli keluarga, rakan-rakan serta bekas anak muridnya yang mengenali beliau sebagai seorang guru ceria dan berjiwa besar.

Sebelum ini, media pernah melaporkan kisah perjuangan Nassry Mardee yang berdepan kanser buah pinggang, kanser kelenjar dan kanser paru-paru tahap empat sejak Mac 2024.

Meskipun hanya mempunyai kira-kira 30 peratus fungsi saluran pernafasan, Allahyarham tidak pernah berputus asa dan tetap berikhtiar menjalani rawatan double immunotherapy yang menelan kos tinggi.

Bapa kepada lima anak berusia antara lapan hingga 19 tahun itu sebelum ini memerlukan dana kira-kira RM200,000 bagi menampung kos rawatan selepas perlindungan takaful sedia ada tidak mencukupi.

 

 

Ringkasan AI

  • Bekas guru Nassry Mardee Ismail, 45, meninggal dunia akibat kanser
  • Kisah perjuangannya melawan tiga jenis kanser telah menjadi viral
  • Perkhabaran duka disampaikan melalui akaun Facebook miliknya
  • Nassry Mardee pernah berdepan kanser buah pinggang, kelenjar, dan paru-paru tahap empat
  • Beliau adalah bapa kepada lima anak dan memerlukan dana RM200,000 untuk rawatan
Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp