Cikgu Abdul Kapar merupakan guru yang disegani ramai, penyayang terhadap murid-murid dan sentiasa merendah diri dalam menjalankan tanggungjawab.
Cikgu Abdul Kapar merupakan guru yang disegani ramai, penyayang terhadap murid-murid dan sentiasa merendah diri dalam menjalankan tanggungjawab.

Pemergian Cikgu Abdul Kapar...'SK Sematan kehilangan seorang pendidik berjiwa mulia'

10 May 2025 10:58pm

Innalillahi wa inna Ilaihi Raji’un. Sesungguhnya kita milik ALLAH dan kepadaNya kita akan kembali.

Tanggal 9 Mei 2025, bersamaan 11 Zulkaedah 1446H, telah menyaksikan kehilangan besar buat dunia pendidikan khususnya warga Sekolah Kebangsaan (SK) Sematan, Lundu, Sarawak apabila salah seorang gurunya, Cikgu Abdul Kapar Pani telah dijemput Ilahi pada Jumaat yang mulia.

Allahyarham Cikgu Abdul Kapar merupakan Guru Pemulihan SK Sematan yang disegani ramai, penyayang terhadap murid-murid dan sentiasa merendah diri dalam menjalankan tanggungjawabnya.

Menurut perkongsian Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak di Facebook pada Jumaat, mereka kehilangan seorang guru yang berdedikasi sepanjang melaksanakan tugasan dan amanah dalam meningkatkan martabat pendidikan.

"Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

"Kami juga mendoakan agar seluruh ahli keluarga diberikan kesabaran, ketabahan dan kekuatan dalam menghadapi saat-saat sukar ini," catat hantaran itu.

Sementara itu, warga maya turut menitipkan doa dan kata-kata semangat kepada keluarga arwah melalui media sosial.

"Tenanglah di sana wahai murabbi. Jasa cikgu mendidik anak-anak tidak akan kami lupakan. Al-Fatihah."

Artikel Berkaitan:

"Perginya seorang guru pemulihan yang sangat kami hormati. Semoga syurga buatmu, cikgu."

"Hari Jumaat, hari yang mulia. Moga pemergian cikgu dalam husnul khatimah. Salam takziah buat keluarga."

"Innalillahi wa inna Ilaihi Raji’un. Semoga dipermudahkan urusan arwah dunia dan akhirat."

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp