Allahyarham Cikgu Wan Zurina meninggal dunia pada pukul 2.01 pagi Rabu di kediamannya di Berjaya Park di sini.
Allahyarham Cikgu Wan Zurina meninggal dunia pada pukul 2.01 pagi Rabu di kediamannya di Berjaya Park di sini.

Perginya pada 18 Ramadan...'Allahyarham Cikgu Wan Zurina sangat baik hati, penyayang & sanggup berkorban apa saja demi anak didiknya'

21 Mar 2025 03:27pm

Berita kematian seorang guru dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kota Kemuning, Shah Alam, Selangor pada Rabu (18 Ramadan), telah dikongsi menerusi platform Facebook sekolah baru-baru ini.

Difahamkan, Allahyarham Cikgu Wan Zurina Wan Abdullah meninggal dunia pada pukul 2.01 pagi Rabu di kediamannya di Berjaya Park di sini.

Catat admin Facebook, Cikgu Wan Zurina telah berkhidmat hampir 20 tahun di sekolah itu.

"Arwah merupakan guru yang sangat komited, telah mengorbankan jiwa dan raganya untuk kebajikan, kesejahteraan serta keselesaan anak muridnya.

"Semoga ALLAH merahmati rohnya, memuliakan kematiannya, mengampuni segala kesalahannya, menjadikan syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan menempatkan arwah dalam kalangan orang-orang yang beriman.

"Ya ALLAH, ampunilah dia, berilah rahmat, sejahtera dan maafkanlah dia serta jadikanlah syurga sebagai tempat peristirahatannya. Amin Ya Rabbal ‘Alamin," tulis Facebook itu.

Meninjau ruangan komen di media sosial, suasana pilu jelas terasa apabila ramai warga maya menitipkan doa serta ucapan takziah atas pemergian arwah.

Tyra Sanihan: Innalillahi wa inna Ilaihi Raji'un. Selamat pulang ke negeri abadi cikgu. Semoga ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

Artikel Berkaitan:

Amie Ai Grace: Terima kasih cikgu atas semua jasamu. Akan tetap ku kenang sampai bila-bila. Innalillahi wa inna Ilaihi Raji'un.

Eifa Arey: Salam takziah buat seluruh keluarga. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman. Seorang guru yang sangat baik.

Herlina Nur Syasya: Guru yang baik hati, pergi di bulan baik. Terima kasih cikgu kerana telah mengajar dan menjadi guru kelas kami. Jasamu dikenang.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp