Ustaz Zamree meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun, pada pukul 11.10 pagi Rabu, kongsi hantaran salah sebuah grup komuniti di Facebook.
Ustaz Zamree meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun, pada pukul 11.10 pagi Rabu, kongsi hantaran salah sebuah grup komuniti di Facebook.

Rakan tangisi kematian Ustaz Zamree. 'Arwah baik budi pekerti dan lemah lembut dalam bicara. Tidak pernah marah kepada sesiapa'

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
11 Nov 2024 05:10pm

Pada 6 November lalu, dunia pendidikan kehilangan seorang lagi guru berdedikasi yang telah memberikan sumbangan besar sepanjang perkhidmatannya.

Beliau dimaksudkan ialah Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM), Sekolah Kebangsaan (SK) Coronation Park, Ipoh, Perak, Ustaz Zamree Mat Ali yang meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun, pada pukul 11.10 pagi Rabu, kongsi hantaran salah sebuah grup komuniti di Facebook.

Di ruangan komen, ramai rakan-rakan arwah melahirkan rasa sedih dengan pemergian Allahyarham Ustaz Zamree.

"Salam takziah buat keluarga ustaz. Arwah seorang yang baik budi pekerti dan lemah lembut dalam bicara sepanjang bekerja di bawah satu bumbung. Tak pernah marah kepada sesiapa. Harap keluarga tabah menghadapi saat sukar ini," tulis Krishna Murthi.

"Semoga ALLAH tempatkan arwah Ustaz Zamree dalam kalangan hamba yang soleh. Momen bersama arwah dalam urusan tugasan akan dijadikan kenangan," kongsi Syed Najib.

"Saya saksi atas kebaikan arwah yang sama-sama melapor diri di SK Coronation Park. Selalu memudahkan urusan orang lain dan seorang sahabat, rakan seperjuangan malah sebagai abang yang selalu menasihati.

Ya ALLAH, ampunilah dia, rahmati dia, muliakan kematian dia, permudahkan segala urusannya, lapangkan kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggal dia dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga dia ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh," catat Norlini Janan.

"Allahuakbar...pernah mengajar di Sekolah Kebangsaan St. Michael, Ipoh, Perak. Ustaz Zamree sangat baik orangnya," ujar Radiyatul Adauwiah Ady.

Artikel Berkaitan:

Sinar Bestari mengucapkan takziah kepada keluarga dan seluruh warga sekolah atas pemergian Ustaz Zamree yang dikasihi.

Sesungguhnya, kehilangannya arwah amat dirasai kerana beliau seorang pendidik yang berdedikasi, penyayang dan sentiasa memberikan yang terbaik untuk anak-anak didiknya.

Semoga ALLAH mencucuri rahmat ke atas rohnya dan menempatkannya dalam kalangan hamba-hambaNya yang beriman.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp