Garis Panduan dan Soalan Lazim Pengurusan BP Khusus Asrama KPM menyediakan dua bantuan kepada murid iaitu BMA serta Bantuan Perjalanan dan Pengangkutan Murid Asrama. Kredit foto: Bernama
Garis Panduan dan Soalan Lazim Pengurusan BP Khusus Asrama KPM menyediakan dua bantuan kepada murid iaitu BMA serta Bantuan Perjalanan dan Pengangkutan Murid Asrama. Kredit foto: Bernama

Soalan lazim Pengurusan Bantuan Persekolahan Khusus Asrama KPM yang sering dikemukakan ibu bapa dan penjaga

ROSHLAWATY MD RAIEH
03 Apr 2023 01:22pm
A
A
A

Baru-baru ini, Bahagian Kewangan (BKew), Kementerian Pendidikan (KPM) telah mengeluarkan Garis Panduan dan Soalan Lazim Pengurusan Bantuan Persekolahan (BP) Khusus Asrama KPM yang berkuat kuasa mulai 19 Mac lalu.

Garis Panduan dan Soalan Lazim Pengurusan BP Khusus Asrama KPM itu telah dikongsi menerusi portal rasmi KPM sebagai rujukan pihak sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan bahagian untuk urusan pelaksanaan.

BKew KPM turut memaklumkan, Garis Panduan dan Soalan Lazim Pengurusan BP Khusus Asrama KPM Januari Tahun 2022 sebelum ini secara automatik telah terbatal.

Berikut Sinar Bestari senaraikan beberapa soalan lazim berhubung Pengurusan BP Khusus Asrama yang terbaharu.

Ini soalan lazim tersebut.

1) Apakah yang dimaksudkan dengan BP Khusus Asrama?

BP Khusus Asrama merupakan bantuan persekolahan kepada semua murid asrama Sekolah Kerajaan (SK) dan Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK) di bawah seliaan KPM. Bantuan ini disediakan bertujuan membiayai kos penyediaan makanan dan pengangkutan murid di asrama.

2) BP Khusus Asrama terbahagi kepada berapa bantuan?

Artikel Berkaitan:

Ia terdiri daripada Bantuan Makanan Asrama (BMA) serta Bantuan Perjalanan dan Pengangkutan Murid Asrama.

3) Apakah kriteria kelayakan bagi BP Khusus Asrama?

Kriteria kelayakan BP Khusus Asrama adalah murid warganegara Malaysia dan murid asrama Tahun Satu hingga Tingkatan Enam atau setaraf di SK dan SBK, KPM.

4) Apakah yang dimaksudkan dengan BMA?

BMA dimulakan sejak 1974 bagi membiayai kos penyediaan makanan murid di asrama. Pada masa ini, kerajaan menampung 95 peratus daripada kos penyediaan makanan dan baki ditampung melalui kutipan Yuran Makanan Asrama (YMA) daripada ibu bapa dan penjaga.

5) Apakah yang dimaksudkan dengan YMA?

Kutipan YMA diuruskan oleh pihak sekolah dan asrama bertujuan menampung baki lima peratus daripada kos penyediaan makanan yang dibekalkan kepada murid asrama pada tahun semasa.

Kadar YMA sehari yang dikenakan kepada setiap murid asrama adalah berdasarkan jumlah pendapatan (gaji pokok dan elaun tetap) ibu bapa dan penjaga.

Misalnya, pendapatan RM5,000 dan ke atas, kadar YMA sehari adalah RM3 manakala pendapatan RM4,999 dan ke bawah, kadar sehari RM1.

6) Apakah yang dimaksudkan dengan Bantuan Perjalanan dan Pengangkutan Murid Asrama?

Bantuan Perjalanan dan Pengangkutan Murid Asrama bertujuan membiayai kos perjalanan dan pengangkutan murid yang tinggal di asrama.

7) Adakah sekolah dibenarkan untuk mendapatkan perkhidmatan daripada mana-mana penyedia perkhidmatan pengangkutan?

Ya, sekolah perlu mendapatkan perkhidmatan pengangkutan daripada pengusaha yang berdaftar dengan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD), Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan Sabah/Sarawak atau Lembaga Sungai-Sungai Sarawak. Bagaimanapun, sekiranya pengusaha berdaftar sukar didapati, sekolah boleh mendapatkan perkhidmatan daripada mana-mana penyedia perkhidmatan pengangkutan.

Untuk info seterusnya, guru, murid dan ibu bapa bolehlah memuat naik Garis Panduan dan Soalan Lazim Pengurusan BP Khusus Asrama KPM menerusi laman sesawang rasmi KPM untuk maklumat lanjut.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok