Adrian Edy (kiri) membeli kelengkapan kolej kepada Hellary hasil sumbangan orang ramai.
Adrian Edy (kiri) membeli kelengkapan kolej kepada Hellary hasil sumbangan orang ramai.

'Terima kasih orang baik'

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
20 Mar 2024 04:01pm
A
A
A

Melanjutkan pelajaran ke sekolah impian semestinya menjadi keinginan semua pelajar.

Namun, tidak semua berpeluang untuk ke sana disebabkan masalah yang mungkin pelajar dan keluarganya sahaja yang tahu.

Perkongsian pengguna Facebook dikenali sebagai Adrian Edy, cukup menyentuh hati penulis apabila beliau membantu seorang pelajar menyambung pelajaran ke Kolej Vokasional (KV) Likas, Sabah.

Tanpa mengenali secara rapat dengan pelajar itu, Adrian Edy dengan dana sumbangan orang ramai telah menghulurkan bantuan atas dasar ihsan kemanusiaan. Sinar Bestari kagum!

Untuk mengetahui lebih mendalam ketulusan hati Adrian Edy terhadap pelajar terbabit, kami kongsikan sebahagian kisahnya seperti dipaparkan pada Rabu di akaun Facebook.

*****

Sedih sangat baca kisah adik Hellary yang ingin melanjutkan pelajaran ke KV Likas tetapi ibunya tidak mampu menghantar kerana duit tidak mencukupi.

Menurut ibu pelajar ini, Hellary mendapat tawaran ke KV Likas dalam jurusan automotif dan kebetulan dia cukup meminati bidang itu.

Artikel Berkaitan:

Syukur Tuhan pertemukan saya dengan keluarga Hellary di Kampung Kinapulidan, Ranau, Sabah sehari sebelum dia mendaftar masuk ke kolej.

No Image Caption

Kata ibunya, dia tidak mahu Hellary kecewa jika tidak dapat sambung belajar. Jadi, saya bantu dengan memberikan Hellary telefon dan keperluan kolej seperti kasut, baju, seluar, beg dan sedikit duit belanja kepada ahli keluarga yang mahu ke KV Likas untuk sesi pendaftaran.

Hellary kata, bila dewasa nanti dia mahu menjadi seorang anggota polis, sama-sama kita doakan.

Di sini, saya merakamkan ucapan terima kasih kepada semua orang yang telah menyumbang dana untuk membantu Hellary dan golongan yang tidak berkemampuan lain.

Hanya tuhan yang mampu balas segala kebaikan kalian.

No Image Caption

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok