No Image Caption

4 tip kekal cergas buat cikgu PJK

AZLEENDA SAHALUDINAZLEENDA SAHALUDIN
22 Apr 2024 10:29am

Guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) bukan sahaja perlu kreatif dalam menyampaikan ilmu kepada murid tetapi juga dituntut kekal bertenaga dan cergas sepanjang kelas berlangsung.

Mana tidaknya, sekiranya guru subjek lain hanya bergerak di dalam kelas, sebaliknya tenaga pengajar PJK menggunakan banyak tenaga kerana perlu mengajar murid atau pelajar di padang mahupun trek balapan.

Untuk itu, Sinar Bestari kongsikan tip buat para guru PJK untuk kekal tegap dan bertenaga sepanjang pembelajaran dan pengajaran (PdP).

1) Kawal pemakanan

Pemakanan merupakan faktor penting dalam memastikan diri kekal sihat dan bertenaga. Makanan yang diambil secara berlebihan akan mendorong kepada beberapa masalah antaranya peningkatan berat badan. Justeru, cikgu-cikgu hendaklah mengawal pengambilan makanan seharian agar tidak melebihi jumlah yang sepatutnya diambil.

2) Tidur yang cukup

Tidur merupakan aspek penting dalam penjagaan kesihatan diri seseorang. Tidur yang cukup bukan sahaja membantu meningkatkan kecergasan diri tetapi turut meningkatkan daya fokus cikgu untuk mengajar walaupun dalam tempoh yang lama.

3) Bersenam

Artikel Berkaitan:

Tiada alasan untuk tidak bersenam walaupun sebagai cikgu kerana aktiviti fizikal akan membantu meningkatkan kecergasan dan daya fokus seseorang. Amalkan aktiviti bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu kerana ia dapat membantu mengurangkan tekanan yang dihadapi cikgu di sekolah.

Guru PJK menggunakan pelbagai tenaga kerana perlu mengajar murid atau pelajar di padang mahupun trek balapan.
Guru PJK menggunakan pelbagai tenaga kerana perlu mengajar murid atau pelajar di padang mahupun trek balapan.

4) Perbanyakkan minum air kosong

Minum air kosong terutama ketika cuaca panas amat penting bagi mengekalkan hidrasi badan. Minum air yang banyak juga dapat membantu diri membakar lemak dalam badan, sekali gus menjadikan cikgu kekal aktif di sekolah.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp