No Image Caption

72 pelajar teroka dunia media

QURRATUL AINA QUDDUSQURRATUL AINA QUDDUS
12 May 2025 09:39am

Latihan industri merupakan satu platform penting dalam membentuk kemahiran pelajar secara holistik, khususnya dalam bidang teknikal dan vokasional.

Selaras dengan perkembangan dunia media, seramai 72 pelajar dari 23 sekolah rendah dan menengah berpeluang menyertai Latihan Industri TV Pusat Sumber Sekolah (PSS) yang julung kali dianjurkan Akademi Pendidikan Sinar Bestari.

Program berlangsung pada 29 dan 30 April lalu, turut dihadiri 24 guru pengiring bertujuan memberi pendedahan awal kepada peserta tentang dunia penyiaran dan media merangkumi latihan pengacaraan, pengendalian kamera, penyuntingan video dan simulasi program TV.

Para peserta dibimbing oleh tenaga pengajar berpengalaman antaranya Editor Sinar Bestari, Nurbaya Abdul Rezak dan kru TV PSS Sinar Bestari, Muhammad Ikhwan Muhammad Azahari.

Jom, kita hayati pengalaman daripada pelajar dan guru!

Artikel Berkaitan:
Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp