No Image Caption

Cara gosok gigi ikut saranan ADA

25 Mar 2024 11:34am

Rutin membersihkan mulut dengan menggosok gigi merupakan satu amalan penting untuk dilakukan bukan sahaja memastikan nafas berbau segar tetapi turut menghindari pelbagai penyakit lain.

Untuk itu, bagi memastikan kesihatan mulut sentiasa berada dalam keadaan baik, perbuatan menggosok gigi perlu dilakukan dengan betul.

Berikut Sinar Bestari nyatakan cara menggosok gigi yang betul mengikut saranan American Dental Association (ADA).

1) Condongkan berus gigi pada sudut 45 darjah ke arah gusi.

2) Gerakkan berus gigi ke bahagian depan dan belakang dalam gerakan perlahan.

3) Berus gigi bahagian luar dan dalam serta memberi perhatian lebih kepada gigi geraham yang digunakan untuk mengunyah. Ia amat penting bagi membersihkan permukaan bahagian dalam gigi agar tiada sisa makanan tertinggal.

4) Cendongkan berus gigi secara vertikal dan gerakannya ke atas dan ke bawah ketika memberus bahagian depan gigi.

5) Pastikan ketika memberus ia turut membersihkan garisan gusi selain memberus lidah.

Artikel Berkaitan:

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp