Guru pendidikan khas vs digitalisasi
Kemajuan teknologi yang dirasai sejak akhir-akhir ini semestinya melibatkan sektor pendidikan negara, sekali gus menambah baik kualiti mengikut peredaran masa.
Jadi tidak hairanlah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melancarkan Dasar Pendidikan Digital (DPD) sebagai usaha melahirkan murid celik digital, selain bersedia berdepan dengan cabaran dunia digital.
Malah ia bertepatan dengan tema Hari Guru 2024 yang disambut pada Khamis ini, iaitu 'Guru Jauhari Digital, Aspirasi Negara Madani’ sebagai sokongan terhadap salah satu daripada tujuh Teras Nadi Keunggulan KPM dalam meningkatkan keupayaan pendidikan digital di sekolah.
Menariknya, kali ini Sinar Bestari berpeluang menemu bual secara eksklusif seorang guru yang menerapkan pendidikan digital dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) kepada pelajar pendidikan khas.
Jom kita lihat!