No Image Caption

‘Habiskan dahulu sekolah’- Namie

15 Apr 2024 05:58pm
A
A
A

Semangat yang berkobar-kobar dalam kalangan Gen-Z untuk keluar dari alam persekolahan bagi menyertai dunia hiburan atau menjadi pempengaruh media sosial membimbangkan banyak pihak.

Manakan tidak, ada di antara pelajar sanggup menamatkan persekolahan tanpa menduduki peperiksaan utama iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), semata-mata mahu megejar cita-cita tersebut.

Banyak pihak termasuk ibu bapa, warga pendidik dan masyarakat yang cakna dengan situasi itu menyuarakan kerisauan terhadap masa depan negara.

Ia berikutan, Gen-Z ini adalah pewaris kepada masa depan Malaysia dan sukar untuk mencorakkannya semula jika pelapis kepimpinan negara musnah.

Sinar Bestari terpanggil untuk berbincang mengenai isu ini bersama-sama seorang bekas guru yang kini merupakan selebriti tempatan.

Jom kita dengar pendapat Namie atau nama sebenarnya Najmi Shahrudin mengenai perkara ini!

Artikel Berkaitan:

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok