No Image Caption

Kreativiti Content Creator: Medan kongsi informasi pelajar

09 Oct 2023 05:07pm

Bidang pencipta kandungan (content creator) semakin mendapat tempat dalam kalangan anak-anak muda terutamanya pelajar sekolah yang menganggap kerjaya berkenaan mudah dan popular.

Dengan anggapan itu, ia sedikit sebanyak boleh mengundang kepada hasil kandungan video yang merepek dan tidak bermanfaat semata-mata mahu meraih kepopularan walaupun terpaksa menggadaikan maruah diri.

Justeru, mereka yang berminat khususnya para pelajar seharusnya diberi kefahaman tentang perkara tersebut di mana dunia pencipta kandungan tidak boleh dianggap sebagai kerjaya melainkan ia sebagai platform perkongsian idea dan ilmu bermanfaat.

Selain itu, menjadi pencipta kandungan juga tidaklah semudah yang disangka sebaliknya menuntut komitmen yang sangat tinggi serta kebijaksanaan dalam menyampaikan isi kandungan.

Tertarik untuk mengetengahkan perkara tersebut, minggu ini Sinar Bestari kongsikan pengalaman dan pendapat pencipta kandungan mengenai bidang berkenaan. Jom kita lihat.

Artikel Berkaitan:
Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp