No Image Caption

Lapan pecahan bidang geosains

AZLEENDA SAHALUDINAZLEENDA SAHALUDIN
01 Oct 2024 10:20am

Senarai pecahan-pecahan bidang geosains

1) Geomorfologi

Bidang yang mengkaji secara saintifik hubungan antara proses, faktor dan bentuk permukaan bumi.

2) Petrologi

Bidang mengkaji tekstur dan komposisi pembentukan batu-batan.

3) Mineralogi

Bidang yang mengkaji komposisi mineral atau sifat kimia, struktur kristal dan sifat fizikal (termasuk optik) bagi mineral.

4) Paleontologi

Artikel Berkaitan:

Kajian sistematik kehidupan pada masa lampau ataupun kajian kehidupan prasejarah.

5) Sedimentologi

Mengkaji aspek sekitaran sedimen dan pembentukan batuan endapan.

6) Geofizik

Kajian mengenai bumi menggunakan cara kuantiti fizikal. Salah satu kaedah penderiaan jauh yang menggunakan peralatan elektrik dan elektronik tertentu dalam menggarap maklumat, menjejaki, memahami, memeta serta menyiasat keadaan bawah tanah.

7) Geologi Ekonomi

Mengkaji pembentukan dan cara mengekstrak sumber bumi bagi tujuan ekonomi atau industri. Geologi ekonomi sering dikaitkan dengan logam, bukan logam, bahan bakar dan air.

8) Geologi Perlombongan

Gabungan prinsip geologi ekonomi kejuruteraan geologi untuk pengembangan sumber daya mineral (contoh: emas, bijih timah, bijih besi).

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp