No Image Caption

Menyokong Pembangunan Pendidikan: KPM manfaat peruntukan RM58.7 bilion

06 Nov 2023 03:32pm
A
A
A

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menerima peruntukan sebanyak RM58.7 bilion dalam Belanjawan 2024 Malaysia MADANI yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat.

Menerusi peruntukan tersebut, ia secara tidak langsung menjadikan KPM sebagai penerima terbesar dalam belanjawan negara lebih-lebih lagi pendidikan dianggap sebagai satu asas pembangunan negara yang sangat penting sejak dahulu hingga sekarang.

Peruntukan KPM akan digunakan untuk menyokong pelbagai inisiatif di sektor pendidikan termasuk pembangunan infrastruktur melalui pembinaan 26 buah sekolah; menaik taraf dan menyelenggara sekolah di seluruh negara; pelaksanaan bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) serta menyelenggara dan menaik taraf makmal komputer sekolah.

Selain itu, pecahan peruntukan RM58.7 bilion turut diagihkan bagi membina 18 blok baharu untuk Pendidikan Khas, peralatan sokongan Pendidikan Khas dan kemudahan mesra orang kurang upaya (OKU) serta membina, menyelenggara dan membaik pulih kuarters penjawat awam termasuk kuarters guru.

Oleh yang demikian, peningkatan peruntukan untuk pendidikan memang begitu tepat kerana ia membantu membina masa depan negara, meningkatkan kualiti hidup rakyat, menggalakkan inovasi dan membantu dalam pemeliharaan keselamatan sosial.

Artikel Berkaitan:

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok