No Image Caption

PAJSK iktiraf kebolehan, gilap skil pelajar

QURRATUL AINA QUDDUSQURRATUL AINA QUDDUS
13 Jan 2025 01:45pm

Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kurikulum (PAJSK) merupakan salah satu program yang perlu dilaksanakan oleh pelajar ketika berada di sekolah.

Pentaksiran itu bertujuan membimbing dan melatih pelajar dalam bidang sukan atau kurikulum, selain memberi pengiktirafan kepada mereka yang aktif dalam aktiviti tersebut.

Secara tidak langsung, aktiviti itu boleh mengembangkan kemahiran sosial, fizikal dan mental pelajar.

PAJSK juga mampu memupuk nilai-nilai seperti kerjasama, disiplin dan semangat berpasukan dalam diri pelajar sejak dari bangku sekolah.

Kali ini, Sinar Bestari bawakan Guru Panitia Bahasa Inggeris dari Sekolah Kebangsaan (SK) Abdul Samat, Klang, Selangor merangkap Edufluencer Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Mohd Haiqal Abdullah Chik bersama dua pelajar iaitu Nur Afia Azzalea Jusly (SK Sungai Serdang, Selangor) dan Chiah Wei Yuan dari Sekolah Menengah Kebangsaan Subang Utama, berkongsi mengenai kepentingan PAJSK.

Jom kita lihat!

Artikel Berkaitan:
Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp