No Image Caption

Tiga posisi penting sepak takraw

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
20 May 2024 03:38pm

Umum mengetahui bahawa sukan sepak takraw memerlukan hanya tiga pemain bagi setiap perlawanan.

Paling menarik pemain yang ketiga memainkan peranan penting dalam menyumbang mata bagi pasukan memperoleh kejayaan.

Sinar Bestari senaraikan tiga posisi penting yang wajib ada bagi setiap pasukan sepak takraw.

1) Tekong

Tekong merupakan pemain yang berada di bahagian tengah berhampiran bulatan sepak mula.

Pemain di posisi ini akan bertindak melakukan sepak mula atau servis, selain turut mengawal bahagian tengah dan bahagian belakang gelanggang.

2) Apit kiri

Pemain ini perlu berada di sebelah kiri tekong dengan bertindak mengawal bahagian kiri dan hadapan gelanggang.

Artikel Berkaitan:

Apit kiri dan kanan masing-masing bertindak sebagai tukang campak bola untuk tekong melakukan sepak mula atau servis, melakukan libasan, mengumpan bola dan membuat hadangan.

Ia juga bergantung kepada situasi permainan dan kemahiran masing-masing

3) Apit kanan

Bagi apit kanan pula memerlukan pemain untuk berada di bahagian sebelah kanan tekong dan bertindak mengawal bahagian kanan serta hadapan gelanggang.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp